Jumaat, 29 April 2011

Kalam taujihat


Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran buat Mu Ya Allah! Izinkan saya berkongsi sedikit nasihat dan taujihat yang dilberikan oleh 2 Ulama' besar dan terkenal bersempena dengan program penutup IMC 1432 yang dianjurkan oleh PERMATA tersayang.

Sungguh kecewa dengan diri sendiri pabila datang bagaikan sebatang kara, tidak bersama dengan nota dan pen. Namun, handphone Sony Ericson pemberian umi tersayanglah menjadi penyelamat dan menjadi penaip isi-isi penting.

2 Ulama' Besar yang saya maksudkan ialah Sheikh Dr Abdul Malik Sa'di bersama adik beliau Sheikh Dr Abdul Razak Sa'di yang menjadi panel dan dimoderatorkan oleh Doktor yang terkenal di Jamiah Mu'tah Dr Syuesh Mahamid.



Diskusi dimulakan dengan kalam taujihad dan nasihat oleh Sheikh Dr Abdul Malik Sa'di. Laungan takbir yang dikepalai Dr Syuesh menambahkan lagi semangat untuk mendengar akan nasihat-nasihat yang bakal disampaikan.

Terharu pabila dipermulaan, beliau berkata, "aku tak berapa sihat, tetapi apabila aku mendapat tahu bahawa yang menjemput aku adalah anak-anak Malaysia, maka aku hendak bersama dengan mereka". terasa sungguh istimewa sekali menerima pujian sebegitu rupa.

Shiekh menfokuskan berkenaan dengan keutamaan ilmu itu sendiri, sebagai seorang yang akan menjadi pendakwah pabila tamatnya pengajian, seharusnya seseorang itu mengaut sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan bekal nanti.

Apabila berilmu, tidak dapat tidak seseorang itu hendaklah beramal. Ilmu dan amal adalah 2 perkara yang tidak boleh untuk dipisahkan. Selayaknya pabila kita mempunyai ilmu hendaklah ke atas kita sendiri untuk mengaplikasikan (amal) di dalam diri kita dahulu sebelum mengajarnya kepada orang lain.

Sebagaimana ancaman yang diberikan oleh Allah Ta'ala bagi siapa yang pandai berkata-kata akan tetapi tidak pandai untuk kerjakan, di dalam Surah As Sof, ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

 "Wahai orang-orang yang beriman! Megapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Ianya sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan"


Sebahagian daripada isi-isi penting yang disampaikan oleh Shiekh Dr Malik Sa'di. Diskusi diteruskan lagi dengan nasihat yang diberikan oleh Shiekh Dr Razak Sa'di, Shiekh yang mempunyai pengalaman  mengajar di Malaysia. Riak mukanya yang selalu tersenyum seakan-akan menjadi tanda rindunya akan pelajar-pelajarnya yang pernah menuntut bersamanya di Malaysia.

Di pendahuluan, Shiekh Dr menyatakan yang kita semua sungguh bertuah kerana berjuang di atas tanah syuhada' Mu'tah, seharusnya kita semua menyedari hakikat tersebut.

Sempat Shiekh Dr berceloteh menceritakan pengalamannya pabila mengadakan kuliah ilmu, pada minggu pertama hampir 50 orang hadir mendengar, masuk minggu kedua berkurang kepada 40 orang, minggu ketiga berkurang sehigga 20 dan minggu ke empat tiada seorang pun yang tinggal. Membuatkan kami semua tergelak melihat Shiekh Dr mengungkapkannya dan itulah realiti yang berlaku di tempat kita.

Shiekh Dr menekankah kepada semua agar janganlah takut untuk bercakap, kerana saya tahu bahawa kamu semua takut hendak bercakap sebab takut salah dari segi nahu dan soraf, sebaliknya yang perlu diketahui dengan berani bercakap arablah dapat membantu membetulkan nahu dan soraf.

"Di Jamiah sememangnya akan bercakap arab akan tetapi apabila berada di rumah bersama-sama dengan kawan, sebaiknya cubalah untuk bercakap arab juga." Tegas Shiekh Dr Abdul Razak Sa'di.

Tidak lupa juga nasihat yang diberikan oleh Dr Syuesh salah seorang Doktor yang selalu menjadi tempat rujukan buat kami pelajar di sini. Beliau menerangkan macamana hendak menjadi penuntut ilmu dan pendakwah mengikut Al-Qur'an  Rujukannya jelas di dalam surah-surah juzuk 29, di dalam Surah An Nuh menerangkan manhaj-manhaj dakwah, Surah Al Maarij yang menerangkan sifat-sifat mukmin, surah Al Haqah untuk tarbiah hati dan banyak lagi.

"Sebagai seorang penuntut ilmu hendaklah selalu bersamanya mushaf Al-Qur'an dan pabila berada di dalam kuliah ilmu hendaklah ada padanya pen dan nota." Kata Dr Syuesh, Kata-kata tersebut memang menusuk qalbu, masakan tidak kerna tidak mempunyai pen dan nota. Menjadi tamparan yang cukup hebat apabila Shiekh Dr Razak Sa'di mengeluarkan daripada jubahnya 5 batang pen lalu menunjukkan kepada kami.


Itulah hebatnya Ulama'-Ulama' kita. InsyaAllah dengan nasihat-nasihat yang diberikan akan menjadi perangsang dan dijadikan bekal kepada diriku sendiri khususnya dan sahabat-sahabat sekalian juga.












BACA SETERUSNYA- Kalam taujihat

Rabu, 27 April 2011

Buat Adik-Adikku Tersayang


"Abe, bilo nok balik?? Nan rindu sangat ko abe," Soal salah seorang adikku dalam perbualan bersama dengan keluarga petang tadi. Pertanyaan begitu membuatkan diriku tersenyum sendirian, maklumlah sudah hampir 2 tahun ku berpisah dan bermusafir jauh meninggalkan keluarga tercinta.

Tatkala terasa diriku hilang pertimbangan, keluargalah pengubat duka, gelagat adik beradikku menyerikan lagi suasana kebersamaan dengan mereka, kerinduan semakin menebal dan akan terus tebal.

Maafkan abang wahai adik-adikku yang tersayang andai abang tidak menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang abang. Izinkan abang menebus balik kekurangan dan kesilapan yang ada di dalam diri abang. Nantikan kejutan buat adik-adik semua pabila kaki ini melangkah pulang. /sweat


Ingat! Belajar bersungguh-sungguh, jangan hampakan harapan babo dan umi tersayang kita. Andai timbul masalah di dalam diri dan pembelajaran, babo umi dan abang adalah tempat rujukan buat adik-adik semua. Abang di sini mendoakan kecemerlangan adik-adik abang. Perlu ingat dan sedar bahawa siapakah kita sebenarnya!

Nantikan seloka khas buat adik-adikku tersayang.. /hmm

Yang tersayang: Babo I Umi I Kak La I Abe Dik I Abe Mat I Jib I Nan I Adik Na /please


Pak Cik Salleh, Kak La, Abe Dik, Abe Mat dan Jib


Nan dan Adik Na
      
BACA SETERUSNYA- Buat Adik-Adikku Tersayang

Selasa, 26 April 2011

Hakikatnya daripada Allah


Teringat di alam persekolahan dahulu, kehdupan penuh dengan suasana keceriaan, berani untuk mencuba perkara baru sehinggakan ibubapa tersayang risaukan keadaan kita. Dimana masa itu kita baru belajar mengenali erti kehidupan sebenar dengan pendedahan-pendedahan baru setiap hari. Hari demi hari, masa demi masa sehinggalah sampai ke detik ini.

Kenangan yang terpaut masih segar di dalam minda ini, tersenyum sendirian pabila teringat balik pengalaman pahit, manis, pedas dan pedih yang sudah pun dilalui.

Ketika suatu masa dahulu, hatiku ini sering kali tidak tenteram, sering mempertikaikan kenapa itu dan ini terjadi kepadaku, pemikiran semacam orang yang tidak mempunyai arah tujuan, termenung keseorangan mencari erti diri sehinggalah sampai ke satu masa.

Suatu masa itu telah mengubah diri untuk mengenali hati budi, belajar untuk mengenali kehidupan yang sebenar, belajar untuk tidak putus asa, belajar untuk tabah, belajar untuk semuanya.

Namun aku lemah, aku tidak terdaya, aku sering lupa, aku alpa, aku tidak terdaya. Inilah kelemahamku, kelemahan yang dapat membuatkan diriku jauh terpesong.

Wahai diri! pernahkah kamu memikirkan yang Allah itu selalu bersama dengan kamu? Pernahkah disaat kamu merasa tidak tenteram, kamu menadah tangan meminta pertolongan daripadaNYA? Pernahkah di saat yang begitu genting dalam menghadapi sesuatu masalah, kamu bersujud menghadapNYA? Penah wahai diri disaat kamu merasa tidak bersemangat, kamu membuka lembaran Al-Qur'an dijadikan penyembuh dukamu?
Pernah tak ianya diaplikasikan?? Tepuk dada tanya hati dan iman.

Wahai diri!! Bangkitlah!! Engkau mampu menghadapi segala rintangan dan ranjau di depan, engkau mampu untuk mengawal emosi mu, engkau mampu menggerakkan segala kudrat mu, engkau mampu menyakinkan dirimu, engkau mampu mengenali erti kehidupan mu kerana Allah sentiasa bersamamu dan hakikat disebalik apa yang terjadi hanyalah daripadaNYA buat hamba yang dicintai dan disayangi.




Sekadar coretan muhasabah buat diri sendiri di saat hati terasa pedih dan tidak tenteram. /please











BACA SETERUSNYA- Hakikatnya daripada Allah

Isnin, 25 April 2011

Seloka 6 Madah


Sekadar coretan lama untuk dikongsi untuk kalian semua, seloka ini di reka khas masa semesta kedua tahun pertama dahulu khusus buat 6 madah atau subjek yang diambil. Minta maaf yer kalau seloka tidak seberapa menjadi. Semoga terhibur  /sweat


6 madah menjadi pilihan,
Dalam sem kedua ini,
Semuanya akan menjadi cabaran,
Harap banyak bersabar kali ini,

Usul fiqh empunya nama,
Dr Faris Mar'ie tenaga pengajarnya,
Mengajar di Mu'tah cukup lama,
Orang yang lembut baik hatinya,

Siapa tak kenal Dr Ali Zukaili,
Fiqh ibadat diajarnya sendiri,
Masa mengajar hanya berdiri,
Tunggu menjawab soalan kami,

Paling asas paling utama,
Lughah Arabiyyah empunya nama,
Susah nak faham senang nak angguk,
kalu soal, x de sape yang sanggup..


Memang sudah menjadi nasib,
Madah susah lagi x faham,
Subjek sejarah jordan runsing takut rasib,
Memang x faham, x faham x faham..


Pengajian rileks berjalan lancar,
Aqidah islamiyyah gelaran di beri,
Bersungguh-sungguh kami belajar,
Agar aqidah tidak lari..


Dr Mustapha itu namanya,
Sangat digeruni pelajar malaysia,
Masa mengajar diam semuanya,
Fiqh Sirah, di ajar olehnya.


Sekian dulu dari saya,
X tahu jadi ke x seloka ini,
Semuanya atas usaha dan upaya,
Semoga boleh bermadah lagi...
BACA SETERUSNYA- Seloka 6 Madah

Ahad, 24 April 2011

Pengenalan Ilmu Fiqh (Bahagian 2)


Setelah kita memahami maksud secara umum apa itu  ilmu fiqh, sekarang ini kita akan bincangkan secara terperinci apa yang dikeluarkan daripada takrif tersebut. Saya bahagikan kepada 3 iaitu:


  1. - Pertama ialah Hukum-hukum syarak
  2. - Kedua ialah Hukum 'Amali
  3. - Ketiga ialah Dalil-Dalil Syarak


Hukum Syarak

Hukum Syara' ialah ketetapan dari Allah perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya.

Pembahagian hukum syarak.

Daripada maksud hukum syarak, dapat disimpulkan bahawa hukum syarak terbahagi kepada tiga iaitu:

- Pertama: Perbuatan yang dituntut supaya melakukan.
  Di dalam pembahagian yang pertama ini terbahagi pula kepada kedua iaitu:

  • Tuntutan secara mesti untuk dilakukan
  • Tuntan tidak secara mesti iaitu tuntukan secara galakan dan tidak wajib

- Kedua: Perbuatan yang dituntu supaya meninggalkan.
- Ketiga: Perbuatan yang diberi pilihan samada melakukan atau meninggalkannya.

Kesimpulan yang kita dapati daripada pembahagiannya, perbuatan mukallaf yang mengikut hukum syarak terbahagi kepada lima iaitu:


  1. Pertama: Wajib iaitu perbuatan ataupun amalan yang mesti dilakukan dan jika ditiinggalkannya akan berdosa
  2. Kedua    : Sunat iaitu perbuatan ataupun amalan yang  digalakkan untuk dilakukan, apabila melakukannya mendapat pahala dan pabila meninggalkannya tidak mendapat dosa.
  3. Ketiga    : Haram iaitu perbuatan yang mesti ditinggalkan, pabila melakukannya akan mendapat dosa
  4. Keempat: Makruh iaitu perbuatan yang digalakkan untuk ditinggalkannya iaitu diberi pahala pabila   meninggalkannya dan tidak berdosa pabila melakukannya
  5. Kelima   : Harus iaitu perbuatan yang apabila melakukannya atau meninggalkannya tidak membawa kepadadosa dan pahala.


Tidak ada perbuatan yang dilakukan melainkan tertakluk kepada salah satu daripada lima hukum di atas. Perbahasan berkenaan dengan hukum-hukum ini dibahaskan secara panjang lebar di bawah tajuk 'hukum' di dalam Usul Fiqh .


Hukum Amali


Hukum Amali (Praktikal) boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Ibadat
2) Mu'amalat

Kedua-duanya ialah  cabang-cabang ilmu yang akan dipelajari khusus di dalam ilmu fiqh.

Ibadat iaitu hukum hakam yang menyentuh hubungan antara manusia dengan Allah, ia merangkumi ibadat solat, puasa, zakat , haji dan lain-lain lagi. Ianya dibincangkan secara teliti di dalam Fiqh Ibadat.

Mu'amalat iaitu hukum hakam yang menyentuh hubungan antara manusia sesama manusia, ia merangkumi keseluruhan undang-undang umum mahupun khusus. Mu'amalat dipecahkan  kepada bahagian-bahagian berikut iaitu:


  1.  Hukum hakam berkenaan kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, penceraian,  pewarisan, nafkah dan sebagainya. Ianya dibincangkan di dalam subjek Nizom Usrah (نظام أسرة) atauFiqh Ahwal Syakhsiyah (فقه الأحوال شخصية)
  2. Hukum hakam berkenaan harta yang merangkumi  jual beli, sewa menyewa, gadaian jaminan dan sebagainya, ianya dibincangkan secara lanjut di dalam Fiqh Mu'amalat (فقه المعاملات)
  3. Hukum hakam berkenaan dengan pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan melantik  ketua negara, tanggungjawab pemimpin dan hak rakyat. Ianya dibincangkan di dalam Nizom Hukum (نظام الحكم) atau Fiqh Siasah (فقه السياسة)
  4. Hukum hakam berkenaan dengan kehakiman dan pengadilan yang merangkumi membuat keputusanpendakwaan, prinsip-prinsip hukum, kesaksian, sumpah dan keterangan dan sebagainya. Ianya dibincangkan di dalam Fiqh Qodho' ( فقه القضاء )
  5. Hukum hakam berkenaan Ahli Zimmah (orang bukan islam yang mendiami dalam negara islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya.
  6. Hukum hakam berkenaan dengan hubungan antarabangsa yang merangkumi hubungan negara islam dengan negara-negara luar dalam keadaan aman mahupun dalam peperangan. Ianya dibincangkan di dalam 'Alaqat Dauliyyah Fil Islam (العلاقات الدولية فى الاسلام)
  7. Hukum hakam berkenaan dengan kewangan negara yang merangkumi sumber-sumber pendapatannegara dan perbelanjaan-perbelanjaannya. Ianya dibincangkan di dalam Fiqh Siasah (فقه السياسة)
  8. Hukum hakam berkenaan dengan jenayat dan hukum yang merangkumi penetapan perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannya, cara-cara menetapkan kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya. Ianya dibincangkan satu persatu di dalam Fiqh Uqubat (فقه العقوبات)


Kesemua cabang-cabang Ilmu Fiqh ini insyaAllah akan dipelajari secara terperinci satu persatu bagi mereka yang mendalami Ilmu Fiqh.



Dalil-Dalil Syarak


Dalil-dalil syarak ialah sumber-sumber Ilmu Fiqh yang menjadi sandaran asas kepada ahli-ahli Fiqh dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Ianya terbahagi kepada dua iaitu sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan.

Sumber-sumber asal dalam mengeluarkan sesuatu hukum terbahagi hanyalah kepada dua iaitu:

   1) Al Qur'an
   2) As Sunnah

Sumber-sumber sokongan ialah dalil-dalil tambahan dalam mengeluarkan sesuatu hukum menepati prinsip sumber asal iaitu Al-Qur'an dan As Sunnah. Ianya terdiri daripada:

  1) Ijmak
  2) Qias
  3) Istishab
  4) Masalih Mursalah
  5) Istihsan
  6) 'Uruf
  7) Syari'at Man Qablana

Kesemua dalil-dalil syarak ini dibahaskan secara lebih lanjut lagi di bawah tajuk sumber-sumber hukum dalam Usul Fiqh.


Penutup


Penjelasan yang diberikan hanyalah sebagai pengenalan asas buat yang mendalami Ilmu Fiqh ini, pencerahan yang diberikan juga hanyalah dikeluarkan daripada maksud ataupun takrif ilmu fiqh. InsyaAllah saya akan kongsikan dilain masa pembahagian-pembahagian yang ada di dalam Ilmu Fiqh.

Sedikit perkongsian berkenaan dengan pengajian kami di Jamiah Mu'tah bagi yang mengambil jurusan Syariah pengkhususan Fiqh Wa Usuluh, di dalam pembelajaran Ilmu Fiqh, subjek yang menjadi asas pertama pengenalan dalam Ilmu Fiqh yang perlu dan wajib diambil ialah kitab 'Pengenalan Pengajian Syariah Islamiyah' (مدخل لدراسة الشريعة الاسلامية)  karangan Dr Abdul Karim Zaidan.

Kitab ini seharusnya dipahami sebaik mungkin kerana ianya memberikan gambaran awal secara keseluruhan apa yang akan dipelajari dalam Ilmu Fiqh supaya tidak menjadi kejutan pada kita sebelum mengambil subjek yang lebih khusus.

Semoga perkongsian yang diberikan dapat menarik minat kalian semua untuk mengenali lebih dekat apa itu Ilmu Fiqh dan pembahagiannya. Sekian
/bye


























BACA SETERUSNYA- Pengenalan Ilmu Fiqh (Bahagian 2)

Sabtu, 23 April 2011

Pengenalan Ilmu Fiqh (Bahagian 1)


Sebelum saya menerangkan apa itu ilmu fiqh dan ruang lingkup perbincangannya, sukalah saya untuk menerangkan terlebih dahulu perkara yang lebih umum dan yang patut diketahui terlebih dahulu buat kita semua sebelum berbincang berkenaan dengan Ilmu Fiqh iaitu Syariat Islamiyah.

Syariat Islamiyah

Maksud Syariat Islamiyah dari segi istilahnya ialah 'Hukum yang disyariatkan Allah kepada hambaNYA  daripada hukum yang termaktub di dalam Al-Qur'an mahupun Sunnah Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Sallam dari segi perbuatan, percakapan dan diam (Taqrir)'

Syariat Islamiyah mempunyai ciri-ciri tersendiri sepertimana terdapat di dalam kitab Pengenalan Pengajian Syariat Islamiyah oleh Doktor Abdul Karim Zaidan yang menjadi rujukan utama kami di Jamiah Mu'tah. Salah satu ciri-cirinya ialah kesempurnaan Syariat Islamiyah..

Syariat Islamiyah adalah undang-undang yang paling sempurna (شامل وكامل) seluruh genap kehidupan dan akan kekal sehingga ke hari kiamat.

Hukum Syariat Islamiyah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

- Pertama: Hukum Hakam berkenaan dengan Akidah seperti beriman kepada Allah dan hari kiamat, ianya ialah hukum kepercayaan ( الأحكام اعتقادية) Ruang lingkup perbincangan pembelajarannya di dalam dalam Ilmu Kalam dan Tauhid.

- Kedua: Hukum Hakam berkenaan dengan Akhlak seperti kewajipan bersifat dengan sifat amanah, berbudi pekerti dan pengharaman untuk bersifat dengan sifat yang dilarang di dakam islam seperti bakhil dan bongkak, ianya dinamakan (الأحكام الأخلقية) Ruang lingkup perbincangan dan pembelajarannya di dalam ilmu Akhlak dan Tasauf.

- Ketiga: Hukum Hakam berkenaan dengan perbuatan dan percakapan (tingkah laku) antara manusia dengan manusia yang lain, ia dinamakan hukum amali (الأحكام العملية). Ruang lingkup perbincangan dan pembelajarannya di dalam ilmu feqah.

Sekarang jelas kepada kita untuk pendahuluan Ilmu Feqah keluar daripada pembahagian mana.

Ilmu Fiqh


Maksud Ilmu Fiqh sebagaimana ditakrifkan oleh Ulamak ialah "Ilmu berkenaan hukum-hukum syarak yang bersifat 'amali (praktikal) yang diperolehi dari dalil-dalil secara terperinci"


Kita perincikan balik apa yang boleh difahami di dalam maksud ataupun takrif Ilmu fiqh:

Hukum-Hukum Syarak: Maksud hukum-hukum syarak ialah ketetapan daripada Allah perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu di tinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya.

Bersifat 'amali (praktikal): Hukum yang diperbincangan di dalam ilmu fiqh hanyalah Ilmu 'Amali. Ilmu 'Amali (الأحكام العملية) terbahagi kepada kedua iaitu Hukum Ibadat dan Muamalat.

Dalil-dalil secara terperinci: Dalil-dalil terperinci yang dimaksudkan ialah Al-Qur'an, Sunnah, Ijmak, Qias dalam lain-lain lagi.



Sekarang ini persoalan yang timbul, Apakah tujuan kita mempelajari ilmu fiqh?


Tujuan kita mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum hakam syarak mengenai setiap tingkah laku manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam segenap ruang dan lapisan kehidupan.


Ianya amat penting buat pelajar-pelajar yang akan bergelar ustaz dan ustazah pabila kembali ke tanah air nanti untuk mendalami secara terperinci ilmu fiqh ini dan di ajar kepada orang awam akan hukum-hakam dalam menyelesaikan masalah-masalah baru yang selalu timbul di dalam masyarakat kita.

Manakala bagi orang awam, mereka juga perlu mengetahui ilmu ini untuk menjalani kehidupan seharian bertepatan dengan hukum-hakam yang ditetapkan oleh Syara'


/please Semoga apa yang telah diterangkan di dalam pengenalan Ilmu Fiqh bahagian pertama ini menjadi pencerahan dan dapat dipahami buat kalian semua apa yang dimaksudkan dengan ilmu fiqh secara luarnya, InsyaAllah di bahagian kedua nanti saya akan perincikan lagi skopnya daripada takrif ilmu fiqh iaitu hukum-hukum syarak, hukum 'amali dan dalil-dalil syarak.
 /bye
















BACA SETERUSNYA- Pengenalan Ilmu Fiqh (Bahagian 1)

Pantun Selamat Pagi


Setelah lama dibuai mimpi yang begitu mengasyikkan. Alhamdulillah, kita diberikan peluang oleh Allah Ta'ala untuk merasai kembali nikmatNYA yang sudah sekian lama  dinikmati kita bersama iaitu kembali bernafas.

Jasad kita diumpamakan seperti mati dek kakunya dan nyenyaknya ketika tidur, tapi persoalannya kenapa ada juga di kalangan kita yang  tergolek jatuh dari katil? So, fikirlah sendiri macamana ia boleh terjadi, semua kan pernah jatuh dari katil. /hmm

Banyakkan berdoa kepadaNYA agar kita dibekalkan lagi umur di dunia, gunakan masa yang berbaki sebaik mungkin, ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu kepadaNYA. Jom sama-sama muhasabah diri untuk menjana syakhsiah yang produktif.

Bersempena dengan pagi yang cukup tenang ini,  terimalah pantun 4 kerat serba kedhoifan ini sebagai pembuka semangat buat diri semua. Semoga terhibur /bye


Lafaz bismillah pembuka bicara,
pada pagi yang berbahagia ini,
izinkan daku, melafazkan kata,
buat sahabat, yang  disayangi,

2 3 kucing berlari,
mana nak sama, si kucing ini,
4 5 susahnya nak cari,
time 4 update, blog ini,

buah cempedak, diluar pagar,
ditanam tepi, pokok kerini
kuatkan semangat, selalu bersabar,
agar kuat, di hari ini,

bangun pagi, gosok gigi,
gosok gigi dengan kayu sugi,
amalkan sifat, budi pekerti,
agar tidak selalu rugi,

penuhkan diri, dengan persediaan,
untuk menggalas, amanah di beri,
ibadah kepadaNYA, jangan ditinggalkan,
semoga kita, akan diberkati,

minta ampun, dari Ilahi,
ingatlah kita, hamba abdi,
tambahkan pahala, dengan mengingati,
janganlah kita lupa akan diri,

hari ini, hari sabtu,
hari untuk, tenangkan fikiran,
berfikir jangan, selalu buntu,
kuatkan semangat, untuk buktikan,

budu datang, dari negeri kelantan,
di makan bersama, ulam ulaman,
ikhlaskan hati, doa diperbanyakkan,
mulalah pagi ini, dengan senyuman..

BACA SETERUSNYA- Pantun Selamat Pagi

Khamis, 21 April 2011

Tahniah Soutul Huffaz



صوت الحفاظ

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Soutul Huffaz daripada Ma'ahad Tahfiz Al-Qur'an Wal-Qiraat Pulai Chondong yang telah menempah kejuaraan dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Zon 6, seterusnya menggondol tempat ke 2 Pertandingan Nasyid Peringkat Akhir baru-baru ini di Balai Islam Lundang.

Setelah hampir 4 tahun kita gagal memasuki ke peringkat akhir. Alhamdulillah tahun ini diberikan rezeki untuk ke peringkat akhir seterusnya menggondol tempat ke 2. Pencapaian yang cukup membanggakan, lebih-lebih lagi kepada bekas ahli kumpulan yang ingin melihat pencapaian sebegini rupa.

Sepanjang saya berada di dalam kumpulan ini, pencapaian yang paling bernilai buat kami semua dulu pabila menyertai  Pertandingan Nasyid Terbuka Kelantan di antara sekolah, institusi dan universiti terpilih seluruh Kelantan. Dengan persiapan yang serba kekurangan, kami berjaya mendapat tempat ketiga daripada keseluruhan, videonya tersimpan rapi di dalam youtube buat tatapan umum dan akan menjadi nostalgia yang cukup bermakna buat kami semua, saya kongsikan video semasa pertandingan dulu buat tatapan semua.





Semoga pencapaian Soutul Huffaz ini menjadi titik tolak permulaan ke arah kebaikan kumpulan ini di masa akan datang dengan perubahan yang telah dilakukan, kekalkan prestasi kamu semua. Saya kongsikan video lagu pertama bertajuk 'TAFAAL' dan lagu kedua bertajuk 'KEUNGGULAN INSAN BERTERASKAN AL-QURAN' semasa Pertandingan Akhir, Sekian

LAGU PERTAMA

LAGU KEDUA

BACA SETERUSNYA- Tahniah Soutul Huffaz

Rabu, 20 April 2011

Senarai Blog Tutorial


Bunga tanjung, bunga bidara,
Dipetik dari, istana kayangan,
Lafaz Bismillah pembuka bicara,
Salam sejahtera, saya ucapkan

Di alam dunia blogging ini, pemilik blog pasti ingin melihat blognya kelihatan cantik dan kemas untuk menarik minat pembaca membaca isi-isi yang terkandung di dalam blog. Terdapat banyak faktor tersendiri yang menjadi tarikan seseorang seperti isi kandungan blog, kekemasan blog dan lain-lain lagi.

Saya tidak nafikan bahawa isi kandungan penulisan yang menjadi faktor terbesar dalam menarik minat pembaca untuk datang menjenguk akan tetapi kekemasan blog juga harus di nilai.

Sekadar perkongsian daripada saya sumber-sumber blog yang diguna pakai dan dijadikan sebagai rujukan untuk menaghasilkan blog ini. Antaranya:

TUTORIAL UNTUK BLOG


MARI BINA BLOG


TEKNIK BUAT BLOG


TUTORIAL 1


TUTORIAL 2


TUTORIAL 3


TUTORIAL 4

Banyak maklumat berkenaan cara-cara untuk 'edit' blog supaya nampak lebih segak, kemas dan bergaya di pautan yang saya nyatakan tadi. Moga-moga perkongian yang dikongsikan ini dimanfaatkan bersama. Sekian
BACA SETERUSNYA- Senarai Blog Tutorial

Selasa, 19 April 2011

Salam Taaruf


Salam Ta'aruf dari saya,
buat kalian, yang sangat dihormati,
walaupun hanya, di alam maya,
 ukhuwwah berpaut, tidak berperi

Assalamualaikum War Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta'ala yang telah memberikan kita peluang untuk merasai nikmat-nikmat yang dikurniakanNYA, Salawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam. 

Setelah hampir seminggu berhempas pulas untuk mencipta blog yang serba kekurangan ini, akhirnya terciptalah blog yang dinamakan 'IBNU NASSURUDDIN'. dengan di bawahnya tertera perkataan 'SENYUMLAH', mungkin tertanya-tanya kenapa di beri nama sedemikian rupa? 'IBNU NASSURUDDIN' ia dinisbahkan kepada saya sendiri yang membawa maksud 'anak kepada Nassuruddin' Nassuruddin ialah nama ayah kesayangan saya.

Kenapa tertera di bawahnya 'SENYUMLAH'?, Di dalam Islam, ia adalah salah satu sifat mahmudah yang perlu dihiasi di dalam diri setiap individu dan senyum itu adalah sedekah. Jika sekali kita lontarkan senyuman kepada seseorang, satu balasan kebaikan akan diberikan, cuba bayangkan kalau senyuman itu dilontarkan setiap masa, maka tidak terkiralah banyaknya balasan kebaikan yang  berikan. Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang kita dapat dengan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian kita, 

'Tak kenal, maka tak cinta'. Mungkin pepatah yang sesuai digunakan saya  untuk memperkenalkan diri. Moga-moga dengan perkenalan ini, dapat merapatkan lagi ukhuwah kerana Allah Ta'ala..

Nama diberi Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin, sekarang sudah 20 tahun hidup, menetap di sebuah kampung yang di beri nama Kampung Meranti Daerah Pasir Mas Negeri Kelantan, dilahirkan pada 13 September 1991 bersamaan 5 Rabiul Awwal 1412 hari jumaat di sebuah negara asing iaitu Mesir 

Mendapat pendidikan awal di PASTI Al Ridhwan seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Meranti selama satu tahun, selepas itu ke Sekolah Rendah Islam Kiblah sehingga darjah enam. Setelah tamat alam persekolah rendah, saya meneruskan lagi pembelajaran ke suatu tempat yang mungkin jarang dikenali umum iaitu Madrasah Dar Ulum Strand, Western Cape, South Afrika selama 2 tahun, di sana bermulanya karier saya sebagai seorang penghafal Al-Qur'an.

Setelah 2 tahun menimba pengalaman dan pengajian di sana, saya menyambung balik ke alam persekolahan menengah di Ma'ahad Tahfiz Al Qur'an Wal Qiraat Pulai Chondong Daerah Machang Negeri Kelantan sehingga tingkatan 6. Selepas tamat pengajian menengah, saya diberikan rezeki untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda  (B.A Hons) di Universiti Mu'tah Daerah Karak Negara Jordan daripada tahun 2009 sehingga kini dalam pengkhususan Fiqh Wa Usuluh.

Serba sedikit maklumat peribadi mengenai diri saya sebagai pengetahuan kalian.

Sepertimana tertera di tepi kanan di bawah tajuk 'MENGENAI SAYA" (InsyaAllah cuba menggunakan medium ini sebagai tempat untuk berkongsi maklumat, pendapat, persoalan, pengalaman,dalam skop yang lebih terbuka dan jelas untuk tatapan umum. Moga-moga ada manfaat daripada apa yang telah dan akan disampaikan) itu adalah hadaf ataupun tujuan kenapa wujudnya blog di alam maya ini. 

Mungkin kalian semua boleh memberikan tunjuk ajar cara dan gaya penulisan di blog ini agar dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Moga-moga dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama tidak kiralah diri saya sendiri mahupun kalian semua. Saya sudahi celoteh saya ini dengan sepotong hadith daripada Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam: 

:عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه" متفق عليه" 

Yang Bermaksud: Diriwayatkan Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu daripada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Salam bersabda: 

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"
Muttafaqun Alaihi



BACA SETERUSNYA- Salam Taaruf

Catatan Popular