Selasa, 26 April 2011

Hakikatnya daripada Allah


Teringat di alam persekolahan dahulu, kehdupan penuh dengan suasana keceriaan, berani untuk mencuba perkara baru sehinggakan ibubapa tersayang risaukan keadaan kita. Dimana masa itu kita baru belajar mengenali erti kehidupan sebenar dengan pendedahan-pendedahan baru setiap hari. Hari demi hari, masa demi masa sehinggalah sampai ke detik ini.

Kenangan yang terpaut masih segar di dalam minda ini, tersenyum sendirian pabila teringat balik pengalaman pahit, manis, pedas dan pedih yang sudah pun dilalui.

Ketika suatu masa dahulu, hatiku ini sering kali tidak tenteram, sering mempertikaikan kenapa itu dan ini terjadi kepadaku, pemikiran semacam orang yang tidak mempunyai arah tujuan, termenung keseorangan mencari erti diri sehinggalah sampai ke satu masa.

Suatu masa itu telah mengubah diri untuk mengenali hati budi, belajar untuk mengenali kehidupan yang sebenar, belajar untuk tidak putus asa, belajar untuk tabah, belajar untuk semuanya.

Namun aku lemah, aku tidak terdaya, aku sering lupa, aku alpa, aku tidak terdaya. Inilah kelemahamku, kelemahan yang dapat membuatkan diriku jauh terpesong.

Wahai diri! pernahkah kamu memikirkan yang Allah itu selalu bersama dengan kamu? Pernahkah disaat kamu merasa tidak tenteram, kamu menadah tangan meminta pertolongan daripadaNYA? Pernahkah di saat yang begitu genting dalam menghadapi sesuatu masalah, kamu bersujud menghadapNYA? Penah wahai diri disaat kamu merasa tidak bersemangat, kamu membuka lembaran Al-Qur'an dijadikan penyembuh dukamu?
Pernah tak ianya diaplikasikan?? Tepuk dada tanya hati dan iman.

Wahai diri!! Bangkitlah!! Engkau mampu menghadapi segala rintangan dan ranjau di depan, engkau mampu untuk mengawal emosi mu, engkau mampu menggerakkan segala kudrat mu, engkau mampu menyakinkan dirimu, engkau mampu mengenali erti kehidupan mu kerana Allah sentiasa bersamamu dan hakikat disebalik apa yang terjadi hanyalah daripadaNYA buat hamba yang dicintai dan disayangi.




Sekadar coretan muhasabah buat diri sendiri di saat hati terasa pedih dan tidak tenteram. /please











2 ulasan:

  1. sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan org yg sabar..smoge bermanfaat..=)

    BalasPadam

Catatan Popular