Jumaat, 29 April 2011

Kalam taujihat


Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran buat Mu Ya Allah! Izinkan saya berkongsi sedikit nasihat dan taujihat yang dilberikan oleh 2 Ulama' besar dan terkenal bersempena dengan program penutup IMC 1432 yang dianjurkan oleh PERMATA tersayang.

Sungguh kecewa dengan diri sendiri pabila datang bagaikan sebatang kara, tidak bersama dengan nota dan pen. Namun, handphone Sony Ericson pemberian umi tersayanglah menjadi penyelamat dan menjadi penaip isi-isi penting.

2 Ulama' Besar yang saya maksudkan ialah Sheikh Dr Abdul Malik Sa'di bersama adik beliau Sheikh Dr Abdul Razak Sa'di yang menjadi panel dan dimoderatorkan oleh Doktor yang terkenal di Jamiah Mu'tah Dr Syuesh Mahamid.



Diskusi dimulakan dengan kalam taujihad dan nasihat oleh Sheikh Dr Abdul Malik Sa'di. Laungan takbir yang dikepalai Dr Syuesh menambahkan lagi semangat untuk mendengar akan nasihat-nasihat yang bakal disampaikan.

Terharu pabila dipermulaan, beliau berkata, "aku tak berapa sihat, tetapi apabila aku mendapat tahu bahawa yang menjemput aku adalah anak-anak Malaysia, maka aku hendak bersama dengan mereka". terasa sungguh istimewa sekali menerima pujian sebegitu rupa.

Shiekh menfokuskan berkenaan dengan keutamaan ilmu itu sendiri, sebagai seorang yang akan menjadi pendakwah pabila tamatnya pengajian, seharusnya seseorang itu mengaut sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan bekal nanti.

Apabila berilmu, tidak dapat tidak seseorang itu hendaklah beramal. Ilmu dan amal adalah 2 perkara yang tidak boleh untuk dipisahkan. Selayaknya pabila kita mempunyai ilmu hendaklah ke atas kita sendiri untuk mengaplikasikan (amal) di dalam diri kita dahulu sebelum mengajarnya kepada orang lain.

Sebagaimana ancaman yang diberikan oleh Allah Ta'ala bagi siapa yang pandai berkata-kata akan tetapi tidak pandai untuk kerjakan, di dalam Surah As Sof, ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

 "Wahai orang-orang yang beriman! Megapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Ianya sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan"


Sebahagian daripada isi-isi penting yang disampaikan oleh Shiekh Dr Malik Sa'di. Diskusi diteruskan lagi dengan nasihat yang diberikan oleh Shiekh Dr Razak Sa'di, Shiekh yang mempunyai pengalaman  mengajar di Malaysia. Riak mukanya yang selalu tersenyum seakan-akan menjadi tanda rindunya akan pelajar-pelajarnya yang pernah menuntut bersamanya di Malaysia.

Di pendahuluan, Shiekh Dr menyatakan yang kita semua sungguh bertuah kerana berjuang di atas tanah syuhada' Mu'tah, seharusnya kita semua menyedari hakikat tersebut.

Sempat Shiekh Dr berceloteh menceritakan pengalamannya pabila mengadakan kuliah ilmu, pada minggu pertama hampir 50 orang hadir mendengar, masuk minggu kedua berkurang kepada 40 orang, minggu ketiga berkurang sehigga 20 dan minggu ke empat tiada seorang pun yang tinggal. Membuatkan kami semua tergelak melihat Shiekh Dr mengungkapkannya dan itulah realiti yang berlaku di tempat kita.

Shiekh Dr menekankah kepada semua agar janganlah takut untuk bercakap, kerana saya tahu bahawa kamu semua takut hendak bercakap sebab takut salah dari segi nahu dan soraf, sebaliknya yang perlu diketahui dengan berani bercakap arablah dapat membantu membetulkan nahu dan soraf.

"Di Jamiah sememangnya akan bercakap arab akan tetapi apabila berada di rumah bersama-sama dengan kawan, sebaiknya cubalah untuk bercakap arab juga." Tegas Shiekh Dr Abdul Razak Sa'di.

Tidak lupa juga nasihat yang diberikan oleh Dr Syuesh salah seorang Doktor yang selalu menjadi tempat rujukan buat kami pelajar di sini. Beliau menerangkan macamana hendak menjadi penuntut ilmu dan pendakwah mengikut Al-Qur'an  Rujukannya jelas di dalam surah-surah juzuk 29, di dalam Surah An Nuh menerangkan manhaj-manhaj dakwah, Surah Al Maarij yang menerangkan sifat-sifat mukmin, surah Al Haqah untuk tarbiah hati dan banyak lagi.

"Sebagai seorang penuntut ilmu hendaklah selalu bersamanya mushaf Al-Qur'an dan pabila berada di dalam kuliah ilmu hendaklah ada padanya pen dan nota." Kata Dr Syuesh, Kata-kata tersebut memang menusuk qalbu, masakan tidak kerna tidak mempunyai pen dan nota. Menjadi tamparan yang cukup hebat apabila Shiekh Dr Razak Sa'di mengeluarkan daripada jubahnya 5 batang pen lalu menunjukkan kepada kami.


Itulah hebatnya Ulama'-Ulama' kita. InsyaAllah dengan nasihat-nasihat yang diberikan akan menjadi perangsang dan dijadikan bekal kepada diriku sendiri khususnya dan sahabat-sahabat sekalian juga.












2 ulasan:

  1. perkongsian yg cukup bermkna..thanks!

    BalasPadam
  2. nurULiemAn aMaLina30 April 2011 8:47 PG

    sALam...perkongsian terbaik!!....syukran sahabat...teruskn mnulis...^_~

    BalasPadam

Catatan Popular