Sabtu, 23 April 2011

Pengenalan Ilmu Fiqh (Bahagian 1)


Sebelum saya menerangkan apa itu ilmu fiqh dan ruang lingkup perbincangannya, sukalah saya untuk menerangkan terlebih dahulu perkara yang lebih umum dan yang patut diketahui terlebih dahulu buat kita semua sebelum berbincang berkenaan dengan Ilmu Fiqh iaitu Syariat Islamiyah.

Syariat Islamiyah

Maksud Syariat Islamiyah dari segi istilahnya ialah 'Hukum yang disyariatkan Allah kepada hambaNYA  daripada hukum yang termaktub di dalam Al-Qur'an mahupun Sunnah Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Sallam dari segi perbuatan, percakapan dan diam (Taqrir)'

Syariat Islamiyah mempunyai ciri-ciri tersendiri sepertimana terdapat di dalam kitab Pengenalan Pengajian Syariat Islamiyah oleh Doktor Abdul Karim Zaidan yang menjadi rujukan utama kami di Jamiah Mu'tah. Salah satu ciri-cirinya ialah kesempurnaan Syariat Islamiyah..

Syariat Islamiyah adalah undang-undang yang paling sempurna (شامل وكامل) seluruh genap kehidupan dan akan kekal sehingga ke hari kiamat.

Hukum Syariat Islamiyah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

- Pertama: Hukum Hakam berkenaan dengan Akidah seperti beriman kepada Allah dan hari kiamat, ianya ialah hukum kepercayaan ( الأحكام اعتقادية) Ruang lingkup perbincangan pembelajarannya di dalam dalam Ilmu Kalam dan Tauhid.

- Kedua: Hukum Hakam berkenaan dengan Akhlak seperti kewajipan bersifat dengan sifat amanah, berbudi pekerti dan pengharaman untuk bersifat dengan sifat yang dilarang di dakam islam seperti bakhil dan bongkak, ianya dinamakan (الأحكام الأخلقية) Ruang lingkup perbincangan dan pembelajarannya di dalam ilmu Akhlak dan Tasauf.

- Ketiga: Hukum Hakam berkenaan dengan perbuatan dan percakapan (tingkah laku) antara manusia dengan manusia yang lain, ia dinamakan hukum amali (الأحكام العملية). Ruang lingkup perbincangan dan pembelajarannya di dalam ilmu feqah.

Sekarang jelas kepada kita untuk pendahuluan Ilmu Feqah keluar daripada pembahagian mana.

Ilmu Fiqh


Maksud Ilmu Fiqh sebagaimana ditakrifkan oleh Ulamak ialah "Ilmu berkenaan hukum-hukum syarak yang bersifat 'amali (praktikal) yang diperolehi dari dalil-dalil secara terperinci"


Kita perincikan balik apa yang boleh difahami di dalam maksud ataupun takrif Ilmu fiqh:

Hukum-Hukum Syarak: Maksud hukum-hukum syarak ialah ketetapan daripada Allah perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu di tinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya.

Bersifat 'amali (praktikal): Hukum yang diperbincangan di dalam ilmu fiqh hanyalah Ilmu 'Amali. Ilmu 'Amali (الأحكام العملية) terbahagi kepada kedua iaitu Hukum Ibadat dan Muamalat.

Dalil-dalil secara terperinci: Dalil-dalil terperinci yang dimaksudkan ialah Al-Qur'an, Sunnah, Ijmak, Qias dalam lain-lain lagi.



Sekarang ini persoalan yang timbul, Apakah tujuan kita mempelajari ilmu fiqh?


Tujuan kita mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum hakam syarak mengenai setiap tingkah laku manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam segenap ruang dan lapisan kehidupan.


Ianya amat penting buat pelajar-pelajar yang akan bergelar ustaz dan ustazah pabila kembali ke tanah air nanti untuk mendalami secara terperinci ilmu fiqh ini dan di ajar kepada orang awam akan hukum-hakam dalam menyelesaikan masalah-masalah baru yang selalu timbul di dalam masyarakat kita.

Manakala bagi orang awam, mereka juga perlu mengetahui ilmu ini untuk menjalani kehidupan seharian bertepatan dengan hukum-hakam yang ditetapkan oleh Syara'


/please Semoga apa yang telah diterangkan di dalam pengenalan Ilmu Fiqh bahagian pertama ini menjadi pencerahan dan dapat dipahami buat kalian semua apa yang dimaksudkan dengan ilmu fiqh secara luarnya, InsyaAllah di bahagian kedua nanti saya akan perincikan lagi skopnya daripada takrif ilmu fiqh iaitu hukum-hukum syarak, hukum 'amali dan dalil-dalil syarak.
 /bye
















1 ulasan:

Catatan Popular