Selasa, 19 April 2011

Salam Taaruf


Salam Ta'aruf dari saya,
buat kalian, yang sangat dihormati,
walaupun hanya, di alam maya,
 ukhuwwah berpaut, tidak berperi

Assalamualaikum War Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta'ala yang telah memberikan kita peluang untuk merasai nikmat-nikmat yang dikurniakanNYA, Salawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam. 

Setelah hampir seminggu berhempas pulas untuk mencipta blog yang serba kekurangan ini, akhirnya terciptalah blog yang dinamakan 'IBNU NASSURUDDIN'. dengan di bawahnya tertera perkataan 'SENYUMLAH', mungkin tertanya-tanya kenapa di beri nama sedemikian rupa? 'IBNU NASSURUDDIN' ia dinisbahkan kepada saya sendiri yang membawa maksud 'anak kepada Nassuruddin' Nassuruddin ialah nama ayah kesayangan saya.

Kenapa tertera di bawahnya 'SENYUMLAH'?, Di dalam Islam, ia adalah salah satu sifat mahmudah yang perlu dihiasi di dalam diri setiap individu dan senyum itu adalah sedekah. Jika sekali kita lontarkan senyuman kepada seseorang, satu balasan kebaikan akan diberikan, cuba bayangkan kalau senyuman itu dilontarkan setiap masa, maka tidak terkiralah banyaknya balasan kebaikan yang  berikan. Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang kita dapat dengan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian kita, 

'Tak kenal, maka tak cinta'. Mungkin pepatah yang sesuai digunakan saya  untuk memperkenalkan diri. Moga-moga dengan perkenalan ini, dapat merapatkan lagi ukhuwah kerana Allah Ta'ala..

Nama diberi Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin, sekarang sudah 20 tahun hidup, menetap di sebuah kampung yang di beri nama Kampung Meranti Daerah Pasir Mas Negeri Kelantan, dilahirkan pada 13 September 1991 bersamaan 5 Rabiul Awwal 1412 hari jumaat di sebuah negara asing iaitu Mesir 

Mendapat pendidikan awal di PASTI Al Ridhwan seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Meranti selama satu tahun, selepas itu ke Sekolah Rendah Islam Kiblah sehingga darjah enam. Setelah tamat alam persekolah rendah, saya meneruskan lagi pembelajaran ke suatu tempat yang mungkin jarang dikenali umum iaitu Madrasah Dar Ulum Strand, Western Cape, South Afrika selama 2 tahun, di sana bermulanya karier saya sebagai seorang penghafal Al-Qur'an.

Setelah 2 tahun menimba pengalaman dan pengajian di sana, saya menyambung balik ke alam persekolahan menengah di Ma'ahad Tahfiz Al Qur'an Wal Qiraat Pulai Chondong Daerah Machang Negeri Kelantan sehingga tingkatan 6. Selepas tamat pengajian menengah, saya diberikan rezeki untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda  (B.A Hons) di Universiti Mu'tah Daerah Karak Negara Jordan daripada tahun 2009 sehingga kini dalam pengkhususan Fiqh Wa Usuluh.

Serba sedikit maklumat peribadi mengenai diri saya sebagai pengetahuan kalian.

Sepertimana tertera di tepi kanan di bawah tajuk 'MENGENAI SAYA" (InsyaAllah cuba menggunakan medium ini sebagai tempat untuk berkongsi maklumat, pendapat, persoalan, pengalaman,dalam skop yang lebih terbuka dan jelas untuk tatapan umum. Moga-moga ada manfaat daripada apa yang telah dan akan disampaikan) itu adalah hadaf ataupun tujuan kenapa wujudnya blog di alam maya ini. 

Mungkin kalian semua boleh memberikan tunjuk ajar cara dan gaya penulisan di blog ini agar dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Moga-moga dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama tidak kiralah diri saya sendiri mahupun kalian semua. Saya sudahi celoteh saya ini dengan sepotong hadith daripada Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam: 

:عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه" متفق عليه" 

Yang Bermaksud: Diriwayatkan Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu daripada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Salam bersabda: 

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"
Muttafaqun Alaihi



5 ulasan:

  1. salam ta'aruff ya usazul kirom

    BalasPadam
  2. wahh x sangka belajar smpai kt africa?? apepon salam taaaruf, walopon dh lama kenal :)

    BalasPadam
  3. :) harap kita dpt chat live , (siapakah saya)?

    BalasPadam

Catatan Popular