Rabu, 25 Mei 2011

Gomo Kelate Gomo



'Kelantan The Red Warrior', namanya tidak asing lagi di dalam dunia sukan bola sepak tanah air. Kekuatan pemain beserta sokongan daripada peminat yang tidak berbelah bahagi dapat menggerunkan pihak lawan lebih-lebih lagi pabila bertandang ke stadium keramat di Kota Bharu.

Walaupun jauh di perantauan, perasaan gembira pasti terpancar di riak muka dengan prestasi yang ditunjukkan. Menang ataupun kalah, kami pasti akan bersamamu.


Tahniah buat 'The Red Warrior' kerana berjaya menempatkan diri ke 'final' Piala FA tahun ini. Moga-moga kemenangan berpihak kepada kita. InsyaAllah.

Kekalahan 1-2 di tempat sendiri semalam ketika dikunjungi pasukan T-Team pasti memuramkan kita. Bukanlah kekalahan itu menunjukkan bahawa kita ini lemah, namun keperluan untuk berusaha tingkatkan prestasi dan belajar daripada kesilapan itu sebenarnya perlu.

Buat peminat juga, ianya pasti akan mengajar kita hakikat disebalik apa yang terjadi. Kekalahan itu pasti akan menjadi satu loncatan semangat untuk lebih bersemangat di masa akan datang.

Rendahkan ego, tabahkan hati dan zahirkan sifat sebenar kita. Bijaklah dalam melakukan sesuatu tindakan. Tingkatkan kualiti dan kurangkan kontroversi.

 "GOMO KELATE GOMO"


P/S: Catatan santai di minggu imtihan.. Doakan saya /please








BACA SETERUSNYA- Gomo Kelate Gomo

Selasa, 17 Mei 2011

Penguat Semangat, Pencetus Revolusi




Wah! peliknya bunyi tajuk 'post' ni, sampaikan hendak memahaminya pun susah. Usah risau, pasti kalian akan memahaminya nanti. (^_^)

Sedikit perkongsian buat kita semua sebagai muhasabah@tazkirah bersama khusus buat yang akan menduduki peperiksaan akhir.



Firman Allah Ta'ala didalam Surah Al Mulk Ayat 2:

Yang bermaksud: "Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji keadaan kamu siapakah di kalangan kamu baik amalannya. Dan dia Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun"

Di dalam ayat di atas, Allah Ta'ala telah datangkan khusus berkenaan dengan 'ujian' yang jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa kita semua pasti tidak  boleh lari daripada ujianNYA.

Kalaulah di dunia ini sejak daripada kecil, kita telah diajar cara macamana untuk menempuh ujian di dalam ujian-ujian seperti UPSR, PMR, SMU, SPM dan pelbagai lagi. Namun, di sisi Allah Ta'ala ujian bagi kita ialah ujian.siapakah yang paling terbaik dalam melakukan amalan..

Sungguh ramai orang yang berilmu, akan tetapi berapa ramaikah orang yang berilmu lalu beramal dengan ilmu yang dipelajari itu?? Goncangkan badan sikit, fikir masak-masak! 

Antara pepatah arab yang masyhur mengaitkan antara ilmu dan amal ialah:
العلم بلا عمل كالشجرة بلا ثمر
"Berilmu tetapi tidak disertai dengan amal diibaratkan seperti pokok yang tidak berbuah"

Sampai pula kepada orang kita, pepatah ditukar menjadi macam ini:
  SETERINGالعلم بلا عمل كالسيارة بلا
"Pasti kalian semua memahami maknanya"




Sungguh cantik pepatah yang dicipta oleh Ahlinya, namun sampai kepada kita, tengoklah apa dah jadi (^_^)

Apa yang saya nak tekankan di sini bahawa, 2 perkara tersebut adalah perkara yang tidak dapat untuk dipisahkan dan perlu ditunaikannya kedua-duanya sekali.

Jadikanlah peperiksaan yang bakal untuk kita duduki ini menjadi pencetus semangat baru kepada kita. Ilmu yang bakal kita hafali, hadami dan fahami, sematkanlah ia di dalam benak fikiran dan dijadikan sebagai bekal kepada kita.

Setelah tersimpan rapi di dalam fikiran kita, cubalah bentuk dari masa ke semasa untuk mengaplikasikan@mentatbitkan ia di dalam kehidupan sebagai amalan harian@rasmi kita.

Setelah semangat didalam diri muncul dan timbul, secara tidak langsung, perubahan yang dinamakan revolusi bakal tercetus di dalam diri.

Yakin pada diri. Anda mampu mengubahnya.

P/S: Peringatan juga buat diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.

ٍ

BACA SETERUSNYA- Penguat Semangat, Pencetus Revolusi

Permata Yang Dicari


Ingat tak lagi sewaktu sekolah rendah dahulu di dalam subjek sains, Apabila ditanya soalan inferens ataupun hipotesis, Apakah jawapan yang tepat akan dijawab? Ingat tak lagi?

Kenangan di zaman persekolahan dahulu pabila di recall balik pasti ada manisnya, pasti ada pedihnya dan pasti ada pahitnya. Merindui saat kebersamaan bersama dengan sahabat-sahabat lama.

Apabila merenung kembali gambar-gambar ketika diusia kanak-kanak, bagaikan hendak melepaskan sepenuh perasaan dalam diri agar dikembalikan balik ke alam dahulu kala, namun itulah dia hakikat disebalik kehidupan.

Kenangan di SRI Kiblah

Berbalik semula kepada persoalan yang dilontarkan pada permulaan tadi. Jawapannya ialah, pasti kita akan menjawab (semakin bla bla bla semakin bla bla bla) ^_^, satu lagi jawapannya, (jika bla bla bla maka bla bla bla) ^_+.Tujuan sebenar saya hanyalah meminjam 'style' jawapan untuk digunakan dalam penulisan ini./sweat

Saya cuba kaitkan juga berkenaan dengan alam persekolahan dahulu untuk sama-sama kita mengingati balik alam kita mula-mula mengenali huruf yang dinamakan A B C nombor 1 2 3 huruf arab أ ب ت

Bersungguh-sungguh kita mempelajarinya dan natijahnya@kesannya boleh kita lihat kemampuan diri kita sekarang. Sungguh besar pengorbanan guru yang penat lelah mengajar kita sehingga mengiktirafkan  mereka sebagai ibu bapa kedua kita, jasa mereka tetap akan dikenang sepanjang zaman. Oh guruku!


Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada insan yang pernah mengajarku, menjiwaiku, mengorbankan masa untukku. Segala usahamu akan di balas oleh Allah dan di kira sebagai ilmu yang bermanfaat.

Pahala amalanmu itu pasti akan terus mengalir dan terus mengalir. InsyaAllah, diri ini pasti merindui insan yang bergelar guru, merindui saat dirimu tersenyum lebar buat anak muridmu ini.

"Semakin dekat dengan waktu itu, semakin tenang pula rasanya"

Mengikut penyataan di atas, banyak penafsiran boleh dibuat jikalau saya beri peluang sahabat-sahabat semua menafsirkannya, ia menunjukkan bukti bahawa, 'lain orang, lain pula fikirannya'.

Sebenarnya peperiksaan akhir@'final exam' bakal menjelma, lagi berbaki 5 hari. /omg Namun terasa pelik kenapa diri semakin merasa tenang, walhal persediaan belum pun dibuat. Subhanallah! jangan tiru perangai kurang elok saya ini. /nobigdeal

Hanya diriku menyerahkan seratus peratus kepadaNYA. Moga-moga mood untuk kembali tumpukan pelajaran@study@muraja'ah hadir menjelma dalam diri yang dianggap bagaikan permata yang dicari-cari /please.
BACA SETERUSNYA- Permata Yang Dicari

Ahad, 15 Mei 2011

Senjata Utama


Kita tenang hidup di dalam negara yang boleh dikatakan aman damai. Pabila menyingkap kembali sejarah silam tanah air kita pada zaman dahulu, pejuang-pejuang bermati-matian demi mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu dan Agama Islam itu sendiri.

Laungan Merdeka!
Tanggal 31 Ogos 1957 menjadi satu titipan sejarah buat negara apabila diisytiharkan secara rasmi bahawa negara kita adalah negara yang berdaulat dan bebas daripada cengkaman penjajah, walaupun sampai sekarang pemikiran masih lagi dijajah dengan ideologi-ideologi pemikiran barat yang mencemarkan kedaulatan kita.

Itulah serba sedikit singkapan sejarah berkenaan dengan negara tercinta kita. Hasil-hasilnya dinikmati oleh segenap pelusuk penduduk. Perindustrian, perkilangan, perkapalan, eksport, import dan sebagainya menjadi penjana ekonomi negara,

Perdana Menteri Malaysia

Sungguh bertuah menjadi rakyat Malaysia. Harapan kepada kerajaan sekarang, bertindak dan adillah sebaik mungkin dalam pentadbiran kerana rakyat-rakyat sedang memerhati gerak gerimu, tersilap langkah pasti akan membawa padah!

Coretan santai sebagai perkongsian rasa dari hati ke hati.

Kita banyak mengetahui sejarah berkenaan dengan negara kita sahaja, berapa ramaikah yang mengetahui sejarah luar negara? Jom sama-sama kita luaskan dan mencanang minda kita dengan isu-isu semasa luar negara. Pasti ada faedahnya

NAKBAH PALESTIN



Nakbah adalah daripada kalimah dalam bahasa arab yang bermaksud malapetaka ataupun bencana besar. Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang diisytiharkan secara rasmi pada 15 Mei 1948.Bantuan daripada British dan PBB demi memastikan kelancaran penubuhannya.


Peristiwa tersebut menyebabkan kedaulatan Palestin dinodai, rakyat palestin menjadi pelarian di negara sendiri, ekonomi mereka disekat, dan pelbagai bentuk jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Zionis.
Hari demi hari, tanah mereka dirampas, kampung mereka dihancurkan menyebabkan bumi palestin yang dulunya gah menjadi semakin mengecil dan mengecil.

Hari ini bertarikh 15 Mei, sudah 63 tahun berlalu menyaksikan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk Palestin. Namun semangat juangnya mereka tidak pernah luntur untuk mengembalikan kedaulatan negara Palestin.

Sejarah yang diceritakan tadi bukan sekadar hanya maklumat, tetapi ia perlu untuk di'set'kan di dalam kamus fikiran kita semua.

Adakah reaksi kita semua berkenaan isu ini?? adakah hanya berdiam diri menyaksikan kezaliman yang berlaku terhadap saudara seislam kita??

SENJATA UTAMA


Hendak melihat senjata api diangkat pasti tidak mampu dengan keberatannya. Ingin melihat kita bertempur di medan bersama-sama saudara kita di sana, pasti tidak berjaya dengan ketakutannya.

Memohon keampunan daripadaNYA

Namun sedarlah akan diri kita sendiri sebagai seorang yang bergelar muslim dan mukmin. Senjata yang paling utama buat saudara kita nun di sana ialah 'DOA'

Sematkanlah doa buat saudara kita di sana disamping berdoa untuk kesejahteraan kita. Ingat bahawa, saudara-saudara kita di sana memerlukan doa daripada kalian semua.

Doa Qunut Nazilah


Kemenangan semakin dekat. Allahu Akbar!!











BACA SETERUSNYA- Senjata Utama

Jom Koreksi Diri

Barcelona dan Manchester United

Pasti semua di antara kita mengenali pasukan bola sepak tersohor dunia seperti Barcelona, Manchester United dan lain-lain lagi, secara automatik mengenali siapakah pemainnya dan siapakah pengurusnya. Boleh dikatakan segala genap sudut maklumat berkenaan pasukan kegemaran pabila ditanya pasti dijawabnya dengan penuh bersemangat dan lancar.

Menunjukkan bukti bahawa, sangat mengambil berat berkenaan pasukan kesayangan mereka. Sampaikan sanggup berjaga malam demi bersama-sama dengan pasukan pilihan mereka ketika bermain. Dan semestinya perasaan kecewa pasti muncul di dalam hati pabila pasukan itu mengalami kekalahan.

Saya tidak nafikan bahawa saya pun peminat akan tetapi tidaklah terlalu sangat sehinggakan disebabkannya perkara yang perlu diutamakan tersisih. Dan semestinya tidak salah untuk kita mempunyai pasukan kesayangan.

Sama-sama kita terangi dan suluhi minda kita. tenangkan balik fikiran lebih kurang 4 atau 5 saat, cuba muhasabah balik tentang diri kita.

Asal Usul Kita


Dari sini kita bermula
Sedarkah kita semua bahawa kita diciptakan daripada tanah yang sebegitu hina, dipijak setiap hari oleh diri kita sendiri. Walupun diciptakan daripada tanah, Allah Ta'ala telah mengangkat darjat manusia itu sendiri dengan setinggi-tinggi darjat dan dimuliakan daripada makhluk-makhluk lain.

 Setelah itu pula kita sekarang kita diiktiraf oleh Allah Ta'ala sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan iaitu umat Nabi Muhammad Sallawu Alaihi Wa Salam.

Keistimewaan yang berlimpah ruah dan diberikan pula kepada kita semua nikmat begitu banyak yang diibaratkan walaupun digunakan seluruh air laut di dunia untuk dijadikan tinta mengira nikmat yang dikurniakan pasti tidak tidak terkira. Subhanallah Allah Tuhan Sekalian Alam.

Hijrah Diri


Kalaulah kita mengenali pasukan bola sepak kesayangan kita sedimikian rupa. sama-sama kita mengenali lebih dalam konsep penciptaan, Tahukah kita semua, kenapa kita semua diciptakan? dan untuk apa kita mengetahui kenapa kita diciptakan? Persoalan ini cuba kita fikirkan bersama-sama.

Sujud KepadaMU
Di dalam surah Al Qamar, menjelaskan kepada kita kepada kita diciptakan? Firman Allah Ta'ala:
"Tidak aku jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadat kepadaku" 
Mengikut ayat yang dinyatakan tadi, telah terang lagi bersuluh sebab musabab ataupun hadaf utama kenapa kita di ciptakan di atas muka bumi ini.

Penciptaan kita tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepadaNYA. Ibadat yang macamana?

Ibadat yang dimaksudkan ialah menghambakan dan mengabdikan diri kepadaNYA dengan melakukan atau membuat perkara yang diperintahkannya dan melarang apa yang dilarang olehNYA.

Doa Senjata Mukmin

Adakah kita tergolong di dalam golongan orang yang mengabdikan diri kepadaNYA? Adakah kita melakukan semua perkara yang diperintahkan dan menahan daripada melakukan perkara yang dilarang? pesoalan ini mungkin kalian semua boleh rungkaikan.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita sama-sama hijrah dan koreksi diri kita daripada yang kurang baik ke arah baik, dan baik ke arah yang lebih baik. Ingatlah bahawa kita sudah ketiadaan masa, masa akan berlalu pergi tanpa meninggalkan walaupun satu isyarat

Sama-sama menghayatinya

Betapa ruginya kita walupun sesaat apabila tidak menggunakannya sebaik mungkin. Sedia maklum bahawa kita tahu batasan agama, apa yang baik dan apa yang buruk disisi agama, tinggal kita semua untuk memilihnya. 

Perubahan itu bermula dari dalam diri, Ingat dan sedarlah wahai diri! 

Sungguh beruntung pabila mengetahui sesuatu perkara itu lalu mengaplikasinya di dalam kehidupan kerana indahnya hidup bersyariat.

P/S: Peringatan buat diri ku sendiri dan kalian semua.

BACA SETERUSNYA- Jom Koreksi Diri

Selasa, 3 Mei 2011

Pantun buat Pejuang

Tatkala membuat persediaan untuk menghadapi imtihan thanie (peperiksaan) subjek terakhir esok hari, fikiran menjadi semakin serabut, entah apa sebab musababnya, hanya Allah sahaja yang tahu. Kuatkanlah diri ini untuk mendepaninya. Tabahkan hati dan tetapkan tekad! Ya Allah, Terimalah diri ini sebagai salah seorang pejuang agamaMu. . /please

Untuk mengubati keserabutan ini, terimalah pantun yang tidak seberapa buat insan yang bergelar pejuang yang gigih berjuang keranaNYA.


Salam mulia, salam ceria,
untuk kalian, yang saya hormati,
izinkan daku, untuk bersuara,
pada petang berbahagia ini,

ubat dijual, sungguh laku,
dibeli dari, bandar selayang.
ini pantun, buat sabahatku,
ikhlas dari, diri tersayang,

ikan keli, ikan haruan
ditangkap dari, sungai meranti,
tekadkan hati, dalam perjuangan,
kerana syurga, bakal menanti.

singgah dulu ke kedai musa,
sambil menjamu kuih bulan,
tiada istilah putus asa
dalam menggapai matlamat di depan,

dari besut ke kuala berang,
pegi bersama, dengan abang,
jangan mudah menunjuk belang,
itu bukan sifat pejuang.

hari ini, hari selasa,
hari untuk, tenangkan hati,
janganlah selalu membuang masa,
agar menjadi muslim sejati.

Sekadar dulu, dari saya,
buat kalian, yang saya segani,
ampun dan maaf, buat semua,
moga bersua, di lain hari.










BACA SETERUSNYA- Pantun buat Pejuang

Ahad, 1 Mei 2011

Bicara tentang cinta


enak sungguh, menjilat jari,
pabila makan, buah rambutan,
nasihat-nasihat, bakal didengari, 
khusus buat, sahabat sekalian

Apa itu cinta? Apakah cinta yang sebenar dan hakiki?. Pernah tak kita merasai perasaan cinta? Apakah penyebab cinta? Cinta apakah yang dibenarkan? Persoalan yang sering bermain di minda kita. Saya yakin pasti di antara kita pernah mengalaminya. Apabila diajukan persoalan berkenaan dengan cinta, pasti tersipu-sipu malu dan tersengeh yang menjadi tanda bahawa di dalam dirinya pernah mengalaminya. Saya juga masih berdarah muda dan pasti pernah mengalaminya /hmm

Saya kongsikan untuk semua video 'Bicara Tentang Cinta' daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Tok Guru kesayangan kita senua. Pencerahan tentang cinta yang sebenar dan pasti anda semua tersenyum pabila mendengarnya. Jadikan nasihat Tok Guru sebagai pedoman. 


Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

BACA SETERUSNYA- Bicara tentang cinta

Catatan Popular