Rabu, 25 Mei 2011

Gomo Kelate Gomo



'Kelantan The Red Warrior', namanya tidak asing lagi di dalam dunia sukan bola sepak tanah air. Kekuatan pemain beserta sokongan daripada peminat yang tidak berbelah bahagi dapat menggerunkan pihak lawan lebih-lebih lagi pabila bertandang ke stadium keramat di Kota Bharu.

Walaupun jauh di perantauan, perasaan gembira pasti terpancar di riak muka dengan prestasi yang ditunjukkan. Menang ataupun kalah, kami pasti akan bersamamu.


Tahniah buat 'The Red Warrior' kerana berjaya menempatkan diri ke 'final' Piala FA tahun ini. Moga-moga kemenangan berpihak kepada kita. InsyaAllah.

Kekalahan 1-2 di tempat sendiri semalam ketika dikunjungi pasukan T-Team pasti memuramkan kita. Bukanlah kekalahan itu menunjukkan bahawa kita ini lemah, namun keperluan untuk berusaha tingkatkan prestasi dan belajar daripada kesilapan itu sebenarnya perlu.

Buat peminat juga, ianya pasti akan mengajar kita hakikat disebalik apa yang terjadi. Kekalahan itu pasti akan menjadi satu loncatan semangat untuk lebih bersemangat di masa akan datang.

Rendahkan ego, tabahkan hati dan zahirkan sifat sebenar kita. Bijaklah dalam melakukan sesuatu tindakan. Tingkatkan kualiti dan kurangkan kontroversi.

 "GOMO KELATE GOMO"


P/S: Catatan santai di minggu imtihan.. Doakan saya /please








1 ulasan:

  1. bittaufiq wa najjah.. (^__^)"
    semoga klntn menang 6t final

    BalasPadam

Catatan Popular