Ahad, 15 Mei 2011

Jom Koreksi Diri

Barcelona dan Manchester United

Pasti semua di antara kita mengenali pasukan bola sepak tersohor dunia seperti Barcelona, Manchester United dan lain-lain lagi, secara automatik mengenali siapakah pemainnya dan siapakah pengurusnya. Boleh dikatakan segala genap sudut maklumat berkenaan pasukan kegemaran pabila ditanya pasti dijawabnya dengan penuh bersemangat dan lancar.

Menunjukkan bukti bahawa, sangat mengambil berat berkenaan pasukan kesayangan mereka. Sampaikan sanggup berjaga malam demi bersama-sama dengan pasukan pilihan mereka ketika bermain. Dan semestinya perasaan kecewa pasti muncul di dalam hati pabila pasukan itu mengalami kekalahan.

Saya tidak nafikan bahawa saya pun peminat akan tetapi tidaklah terlalu sangat sehinggakan disebabkannya perkara yang perlu diutamakan tersisih. Dan semestinya tidak salah untuk kita mempunyai pasukan kesayangan.

Sama-sama kita terangi dan suluhi minda kita. tenangkan balik fikiran lebih kurang 4 atau 5 saat, cuba muhasabah balik tentang diri kita.

Asal Usul Kita


Dari sini kita bermula
Sedarkah kita semua bahawa kita diciptakan daripada tanah yang sebegitu hina, dipijak setiap hari oleh diri kita sendiri. Walupun diciptakan daripada tanah, Allah Ta'ala telah mengangkat darjat manusia itu sendiri dengan setinggi-tinggi darjat dan dimuliakan daripada makhluk-makhluk lain.

 Setelah itu pula kita sekarang kita diiktiraf oleh Allah Ta'ala sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan iaitu umat Nabi Muhammad Sallawu Alaihi Wa Salam.

Keistimewaan yang berlimpah ruah dan diberikan pula kepada kita semua nikmat begitu banyak yang diibaratkan walaupun digunakan seluruh air laut di dunia untuk dijadikan tinta mengira nikmat yang dikurniakan pasti tidak tidak terkira. Subhanallah Allah Tuhan Sekalian Alam.

Hijrah Diri


Kalaulah kita mengenali pasukan bola sepak kesayangan kita sedimikian rupa. sama-sama kita mengenali lebih dalam konsep penciptaan, Tahukah kita semua, kenapa kita semua diciptakan? dan untuk apa kita mengetahui kenapa kita diciptakan? Persoalan ini cuba kita fikirkan bersama-sama.

Sujud KepadaMU
Di dalam surah Al Qamar, menjelaskan kepada kita kepada kita diciptakan? Firman Allah Ta'ala:
"Tidak aku jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadat kepadaku" 
Mengikut ayat yang dinyatakan tadi, telah terang lagi bersuluh sebab musabab ataupun hadaf utama kenapa kita di ciptakan di atas muka bumi ini.

Penciptaan kita tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepadaNYA. Ibadat yang macamana?

Ibadat yang dimaksudkan ialah menghambakan dan mengabdikan diri kepadaNYA dengan melakukan atau membuat perkara yang diperintahkannya dan melarang apa yang dilarang olehNYA.

Doa Senjata Mukmin

Adakah kita tergolong di dalam golongan orang yang mengabdikan diri kepadaNYA? Adakah kita melakukan semua perkara yang diperintahkan dan menahan daripada melakukan perkara yang dilarang? pesoalan ini mungkin kalian semua boleh rungkaikan.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita sama-sama hijrah dan koreksi diri kita daripada yang kurang baik ke arah baik, dan baik ke arah yang lebih baik. Ingatlah bahawa kita sudah ketiadaan masa, masa akan berlalu pergi tanpa meninggalkan walaupun satu isyarat

Sama-sama menghayatinya

Betapa ruginya kita walupun sesaat apabila tidak menggunakannya sebaik mungkin. Sedia maklum bahawa kita tahu batasan agama, apa yang baik dan apa yang buruk disisi agama, tinggal kita semua untuk memilihnya. 

Perubahan itu bermula dari dalam diri, Ingat dan sedarlah wahai diri! 

Sungguh beruntung pabila mengetahui sesuatu perkara itu lalu mengaplikasinya di dalam kehidupan kerana indahnya hidup bersyariat.

P/S: Peringatan buat diri ku sendiri dan kalian semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular