Selasa, 17 Mei 2011

Penguat Semangat, Pencetus Revolusi




Wah! peliknya bunyi tajuk 'post' ni, sampaikan hendak memahaminya pun susah. Usah risau, pasti kalian akan memahaminya nanti. (^_^)

Sedikit perkongsian buat kita semua sebagai muhasabah@tazkirah bersama khusus buat yang akan menduduki peperiksaan akhir.



Firman Allah Ta'ala didalam Surah Al Mulk Ayat 2:

Yang bermaksud: "Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji keadaan kamu siapakah di kalangan kamu baik amalannya. Dan dia Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun"

Di dalam ayat di atas, Allah Ta'ala telah datangkan khusus berkenaan dengan 'ujian' yang jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa kita semua pasti tidak  boleh lari daripada ujianNYA.

Kalaulah di dunia ini sejak daripada kecil, kita telah diajar cara macamana untuk menempuh ujian di dalam ujian-ujian seperti UPSR, PMR, SMU, SPM dan pelbagai lagi. Namun, di sisi Allah Ta'ala ujian bagi kita ialah ujian.siapakah yang paling terbaik dalam melakukan amalan..

Sungguh ramai orang yang berilmu, akan tetapi berapa ramaikah orang yang berilmu lalu beramal dengan ilmu yang dipelajari itu?? Goncangkan badan sikit, fikir masak-masak! 

Antara pepatah arab yang masyhur mengaitkan antara ilmu dan amal ialah:
العلم بلا عمل كالشجرة بلا ثمر
"Berilmu tetapi tidak disertai dengan amal diibaratkan seperti pokok yang tidak berbuah"

Sampai pula kepada orang kita, pepatah ditukar menjadi macam ini:
  SETERINGالعلم بلا عمل كالسيارة بلا
"Pasti kalian semua memahami maknanya"




Sungguh cantik pepatah yang dicipta oleh Ahlinya, namun sampai kepada kita, tengoklah apa dah jadi (^_^)

Apa yang saya nak tekankan di sini bahawa, 2 perkara tersebut adalah perkara yang tidak dapat untuk dipisahkan dan perlu ditunaikannya kedua-duanya sekali.

Jadikanlah peperiksaan yang bakal untuk kita duduki ini menjadi pencetus semangat baru kepada kita. Ilmu yang bakal kita hafali, hadami dan fahami, sematkanlah ia di dalam benak fikiran dan dijadikan sebagai bekal kepada kita.

Setelah tersimpan rapi di dalam fikiran kita, cubalah bentuk dari masa ke semasa untuk mengaplikasikan@mentatbitkan ia di dalam kehidupan sebagai amalan harian@rasmi kita.

Setelah semangat didalam diri muncul dan timbul, secara tidak langsung, perubahan yang dinamakan revolusi bakal tercetus di dalam diri.

Yakin pada diri. Anda mampu mengubahnya.

P/S: Peringatan juga buat diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.

ٍ

4 ulasan:

  1. amboii motivasinya cukup best ni..
    Jom ke laman saya pula:)

    www.sirrulasraru.blogspot.com

    BalasPadam
  2. ibn suhaimi™

    X boleh lawan dia lg, org yg lebih berpengalamn dalam dunia blog nie... minta tunjuk ajar yer.. :D

    BalasPadam
  3. Sampai pula kepada orang kita, pepatah ditukar menjadi macam ini:
    SETERINGالعلم بلا عمل كالسيارة بلا
    (Tersenyum baca ayat ni...)


    ~Perubahan...

    Kalau bukan kita, siapa lagi?
    Kalau bukan sekarang, bila lagi?

    Kan... (^-^)

    BalasPadam
  4. BaiTiL a'tiQa

    huhu.. 2 la kan, untk memudahkan kita faham dan menarik menarik minat mendalami bahasa arab tiu sendiri... (^_^)

    Nanti nak cipta pepatah sndiri plak... :D

    BalasPadam

Catatan Popular