Ahad, 15 Mei 2011

Senjata Utama


Kita tenang hidup di dalam negara yang boleh dikatakan aman damai. Pabila menyingkap kembali sejarah silam tanah air kita pada zaman dahulu, pejuang-pejuang bermati-matian demi mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu dan Agama Islam itu sendiri.

Laungan Merdeka!
Tanggal 31 Ogos 1957 menjadi satu titipan sejarah buat negara apabila diisytiharkan secara rasmi bahawa negara kita adalah negara yang berdaulat dan bebas daripada cengkaman penjajah, walaupun sampai sekarang pemikiran masih lagi dijajah dengan ideologi-ideologi pemikiran barat yang mencemarkan kedaulatan kita.

Itulah serba sedikit singkapan sejarah berkenaan dengan negara tercinta kita. Hasil-hasilnya dinikmati oleh segenap pelusuk penduduk. Perindustrian, perkilangan, perkapalan, eksport, import dan sebagainya menjadi penjana ekonomi negara,

Perdana Menteri Malaysia

Sungguh bertuah menjadi rakyat Malaysia. Harapan kepada kerajaan sekarang, bertindak dan adillah sebaik mungkin dalam pentadbiran kerana rakyat-rakyat sedang memerhati gerak gerimu, tersilap langkah pasti akan membawa padah!

Coretan santai sebagai perkongsian rasa dari hati ke hati.

Kita banyak mengetahui sejarah berkenaan dengan negara kita sahaja, berapa ramaikah yang mengetahui sejarah luar negara? Jom sama-sama kita luaskan dan mencanang minda kita dengan isu-isu semasa luar negara. Pasti ada faedahnya

NAKBAH PALESTIN



Nakbah adalah daripada kalimah dalam bahasa arab yang bermaksud malapetaka ataupun bencana besar. Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang diisytiharkan secara rasmi pada 15 Mei 1948.Bantuan daripada British dan PBB demi memastikan kelancaran penubuhannya.


Peristiwa tersebut menyebabkan kedaulatan Palestin dinodai, rakyat palestin menjadi pelarian di negara sendiri, ekonomi mereka disekat, dan pelbagai bentuk jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Zionis.
Hari demi hari, tanah mereka dirampas, kampung mereka dihancurkan menyebabkan bumi palestin yang dulunya gah menjadi semakin mengecil dan mengecil.

Hari ini bertarikh 15 Mei, sudah 63 tahun berlalu menyaksikan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk Palestin. Namun semangat juangnya mereka tidak pernah luntur untuk mengembalikan kedaulatan negara Palestin.

Sejarah yang diceritakan tadi bukan sekadar hanya maklumat, tetapi ia perlu untuk di'set'kan di dalam kamus fikiran kita semua.

Adakah reaksi kita semua berkenaan isu ini?? adakah hanya berdiam diri menyaksikan kezaliman yang berlaku terhadap saudara seislam kita??

SENJATA UTAMA


Hendak melihat senjata api diangkat pasti tidak mampu dengan keberatannya. Ingin melihat kita bertempur di medan bersama-sama saudara kita di sana, pasti tidak berjaya dengan ketakutannya.

Memohon keampunan daripadaNYA

Namun sedarlah akan diri kita sendiri sebagai seorang yang bergelar muslim dan mukmin. Senjata yang paling utama buat saudara kita nun di sana ialah 'DOA'

Sematkanlah doa buat saudara kita di sana disamping berdoa untuk kesejahteraan kita. Ingat bahawa, saudara-saudara kita di sana memerlukan doa daripada kalian semua.

Doa Qunut Nazilah


Kemenangan semakin dekat. Allahu Akbar!!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular