Rabu, 15 Jun 2011

Kepahitan sebuah perjuangan



Sudah lama tidak mencoret sesuatu di laman ini, memang menjadi kebiasaan apabila mempunyai blog, cabaran yang paling hebat ialah untuk meng'update' blog.

Sungguh kagum dengan sesetengah sahabat-sahabat yang tidak jemu berkongsi dan terus berkongsi pengalaman, ilmu dan sebagainya.

Tahniah diucapkan buat kalian, moga-moga perkongsian kalian pasti bernilai ibadah dan ada manfaatnya.. (^_^)

Rumah Sewa Lama


Setelah hampir 1 tahun setengah berada di Dataran Mu'tah ini, banyak pengalaman pahit, manis, masam yang berlaku di sekeliling saya, dengan celoteh ahli rumahnya, tuan rumahnya dan sebagainya. Kami ahli rumah mengambil kata sepakat untuk berpindah ke rumah baru, merasai suasana baru.

Rumah yang kami duduki dahulu pasti meninggalkan memori yang cukup indah. Tuan rumahnya yang begitu baik, rumahnya yang begitu besar keadaanya yang begitu tenang dan jauh daripada pekan.

Rumah dahulu cukup dekat dengan Jamiah, bayangkan kalau kelas bermula pada pukul 8.00 pagi, paling lewat kami siapkan diri dan bertolak daripada rumah pukul 7.45 pagi, tergesa-gesakan sedikit, tapi memang menjadi rutin kami. (^_^)

Kalau diikutkan dulu, duit dah boleh jimat kerana jarak rumah lama dengan jamiah sangat dekat, kalau berjalan pergi ke Jamiah hanyalah memakan masa 15 minit. Namun biasalah, kemalasan itu pasti ada, saya sendiri pun rasa boleh mengira berapa kali berjalan kaki pergi ke Jamiah.

Van sapu ataupun bas mini (coaster) pasti menjadi pilihan kami untuk memudahkan perjalanan ke Jamiah. Kalau hendak ikutkan tambang coaster hanyalah 17 qurush, macam nilai sen kalau dekat dengan malaysia, manakala tambang van sapu pula 50 Qurush. Mahal betul van sapu, namun itulah yang menjadi pilihan pertama kami di rumah lama, bukan sebab mempunyai wang lebih akan tetapi nak cepatkan perjalanan. (^_^)

Yang menjadi kesulitan kalau di rumah lama dahulu, apabila tibanya waktu giliran untuk memasak, hari itu bagaikan senaman berjalanlah buat kami ini kerana jarak antara rumah dengan kedai boleh katakan jauh jugak sedikit. Lagi memenatkan kalau terlupa untuk beli sesuatu, terpaksalah berpatah balik ke sana.

Serba sedikit warna warni kehidupan kami dahulu yang pastinya tidak dapat dilupakan. Baru sahaja tuan rumah dahulu talifon bertanyakan khabar macamana keadaan kami di rumah baru ini. Tuan rumah dahulu cukup cakna dan mengambil berat kami semua. Moga dapat bersua lagi dengan Abu Muhammad InsyaAllah.

Rumah Sewa Baru

Suasana memang boleh dikatakan jauh berbeza daripada rumah lama. Suasana dahulu tenang, cukup tenang. sekarang ini biasalah apabila berada di pekan kebisingan itu pasti didengari.

Celoteh penjual yang memang tidak jemu-jemu mencari pelanggan. Dengan nada yang cukup lantang  "banduroh nus leror battikh rubu' leror" (tomato setengah dinar, timun suku  dinar) Memang disitu boleh lihatlah semangat yang tidak pernah luntur pasti boleh dibanggakan mereka.

Namun pelik juga arab ni, tidak ada altenatif lain ke yang sesuai untuk menarik pelanggan lebih ramai datang... Musykil betul.

Kalau dulu jauh daripada masjid. Alhamdulillah rumah baru sekarang cukup dekat dengan masjid. Azan dan Iqomah jelas kedengaran daripada cerobong speaker. Moga-moga dapat ringankan diri ini untuk berjamaah 5 waktu di masjid insyaAllah.

Suasana baru ini pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri saya sendiri untuk lebih tabah dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Biasalah kekurangan itu pasti ada di dalam diri namun kekurangan itu pasti boleh ditampung dengan kelebihan yang ada.

Teringat kata-kata seorang sahabat, "jom kenali potensi diri sendiri kerana hanya diri kamu sahaja yang mengenalinya, tidak terlambat lagi untuk menyelidik mencari potensi yang tersembunyi dalam diri kerana dengan mengenalinya pasti akan menjadi panduan diri untuk menuju kearah yang lebih baik"

Kenali Diri





Suasana baru, fasa baru, rumah baru dan bilik baru ini pastinya akan membuahkan semangat yang baru di dalam diri ini dengan jitu disulami dengan usaha dalam diri.

Tanggungjawab saya sendiri sebagai seorang anak, sebagai seorang abang, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang pemimpin di dalam persatuan di sini pasti menyedarkan peri pentingnya kawalan dari segi emosi, hati dan diri.

Imbangan kerja perlu ada untuk mengimbang dalam menghadapi pelajaran dan kerja dalam satu-satu masa. Bukan sahaja saya, kalian juga pasti pernah mengalami keadaan seperti saya.

Kadang kala terasa bahawa diriku ini tidak mampu, namun tidak ada gunanya menyesal sebelum daripada mencuba. Gagal dalam percubaan pasti akan mendewasakan kita dalam mengorak langkah membina membina jati diri kearah kejayaan.

Kalau saya yakin saya dapat lakukan yang terbaik khususnya buat diri. Kalian juga perlu sama macam saya.

Cabaran tetap ada namun anggaplah cabaran itu adalah tarbiyah diri  daripada Allah untuk mematangkan kita. Tujuan kita hidup sendiri pun adalah ujian daripadaNYA dan pastinya kita tidak akan lekang daripada cabaran dan dugaan setiap hari dan setiap masa.

Kehidupan kita ini adalah  sebuah episod pejuangan dan setiap perjuangan itu sungguh pahit untuk ditelani, namun kepahitan itu pasti akan dibalas dengan kemanisan Syurga Allah Ta'ala kelak. InsyaAllah

Saya akhiri perkongsian saya ini dengan Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al Baqarah Ayat 286:

"لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ"
"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan ianya mampu untuk laksanakan bebanan itu. Dia mendapat pahala daripada perkara yang dikerjakan, dan dia mendapat siksa daripada kejahatan yang diperbuatkan.

















2 ulasan:

  1. salam..
    bgs dgn p'kngsian hdup saudara..
    nmun ad 1 perkara yg ptt di ubah d atas..
    dharapkan agr tulisan ayt quran t'sebut dibetulkan..

    BalasPadam
  2. Masyur
    Wassalam.... diperbetulkan dari segi ejaan ke dalam sudut ape?

    BalasPadam

Catatan Popular