Rabu, 8 Jun 2011

Sifat Semulajadi Dalam Diri...


Lafaz Bismillah pembuka bicara,
dibuka dengan senyuman menawan,
kuatkan diriku dalam menyusun kata,
agar blog ini dapat diupdatekan,

Mandi tak basah, tidur tak lena,
pabila problem menjelma kembali,,
buat hati, jangalah putus asa,
ada hikmah, dengan apa yang terjadi

Moga-moga pantun di atas menjadi kata-kata perangsang buat diri ini dan sahabat sekalian. 
InsyaAllah

Terdetik dalam hati untuk menulis sedikit berkenaan satu sifat begitu unik yang Allah kurniakan kepada kita semua, mungkin tidak sempurna buat kita kalau tidak melengkapi sifat tersebut.

Sifat Sedih

Semua orang pasti mempunyai sifat ini dan mustahil kalau dalam diri seseorang tidak mempunyai sifat ini walaupun sedikit. Sifat ini juga ialah salah satu sifat semulajadi yang wujud dalam diri kita. Tidak kiralah lelaki ke perempuan, kecil, besar, tua ataupun muda, pasti akan merasainya. 

Memang mudah untuk kita menghukum bagi orang yang mengalami kesedihan ini, mengatakan kepada dia cepat tersentuh hati atau sebagainya. Namun, pasti kita tidak mengetahui disebalik apa yang terasa dalam diri itu. 

Ikhlas saya katakan yang saya sendiri juga pernah merasainya dan ianya boleh dikatakan satu kesakitan jiwa yang teramat, namun pandulah ia dengan sebaik mungkin.. ^_^

Faktor-Faktor

Kalau hendak senaraikan faktor-faktor kenapa boleh terjadinya kesedihan itu, pasti tidak kan terkira dengan sebab kehilangan sesuatu, kerisauan berpanjangan, mencari sesuatu, ditimpa masalah dan banyak lagi.

Yang lebih berat lagi apabila ditimpa kesedihan itu, dan dipendamkan pula di dalam hati, ianya pasti akan menjadi suatu yang menyiksakan. Cubalah untuk atasi kesedihan dengan cara yang penuh terbaik.

Disebabkan kesedihan berpanjangan yang terjadi dalam diri kita, timbulnya sifat-sifat lain antaranya mudah berputus asa, mudah sensitif dan sebagainya.

Cara Mengatasinya

Pernah satu ketika dalam keadaan bersedih saya sempat lagi untuk senyum sehingga ditegur kenapa masih lagi tersenyum. Jawapannya mudah sahaja, senyum adalah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan sedikit kesedihan. 

Jom kita sama-sama kita amalkan dan melazimi doa ini untuk mengatasi kesedihan itu 

اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ،وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي


"Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan), ubun-ubunku dalam genggamanMu, hukumanMu berlaku kepadaku, Qada' (keputusan) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engku ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan perbendaharaan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku, dan penghilang kesedihanku"

Penutup


Wahai diri!! kenapa kita bersedih? tidakkah dirimu ini hanyalah pemberian sementara daripada Allah? tidakkah apa yang kamu mahukan itu adalah kurniaan daripadaNYA juga?

Wahai diri! Jangalah bersedih. engkau diciptakan atas dasar kasih sayang daripadaNYA, dan setiap cubaan dan ujian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya ujian yang diberikan kepada kita itu menjadi bukti kasih sayang daripada Allah kepada kita.

Wahai diri! Allah sebenarnya mahu menunjuk kepada dirimu itu, mungkin dengan apa yang kamu cuba untuk genggami itu yang menjadi penyebab kesedihan adalah satu perkara yang tidak disukai olehNYA, dan yakinlah bahawa sebenarnya Allah mahu kurniakan kepada kamu lebih baik daripada itu.

Wahai diri! Tidakkah kamu malu dengan kesedihan itu? kesedihan yang menyebabkan semua amalan lazimmu itu terabai. Allah melihat gerak gerimu wahai diri.

Wahai diri! Kamu utamakan kesedihan duniawi semata-mata. Pernahkah wujud dalam diri, kamu sedih disebabkan amalan kamu berkurangan, iman kamu semakin menurun, nafsu kamu semakin bermaharajalela?

Wahai diri! pernahkah kamu sedih hanya semata-mata mahu mendekatkan diri kepadaNYA? Yakinlah wahai diri, sebaik-baik tempat memohon adalah kepadaNYA.

Wahai diri! Jangalah bersedih kerana Allah bersama-sama dengan kita, tidak pernah jemu untuk menunggu hambaNYA meminta dan terus meminta daripadaNYA.

Moga diri kita ini tidak layu bermain dengan perasan sedih yang tiada bertempat. Moga Allah kasih ^_^

 "Ya Allah, ampunkalah dosaku ini, ku tahu kesedihan yang dirasai ini membuatkan aku jauh daripada darimu, kesedihan yang muncul ini membuatkan fikiran menjadi semakin buntu. Bantulah aku Ya Allah, agar kesedihan ini menjadi titik tolak kasih sayang terhadapMu. Tiada tempat untuk bergantung kecuali kepadaMU. Hadirkanlah ketenangan dalam diriku ini bersandarkan kepada kalamMu Ya Allah." 


Moga sahabat-sahabat sekalian mendoakan buat diri saya yang lemah lagi hina ini agar dapat menjadi seorang yang tabah dalam menghadapinya. 




1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Semoga terus istiqamah.Izin ambil mutiaranya ye.

    Jazakallah.

    BalasPadam

Catatan Popular