Selasa, 30 Oktober 2012

Hakikat sebuah kepimpinan




Selalunya pabila kita melihat kepada pimpinan, pasti terketuk di benak hati terbayangkan ketokohannya dan segala bentuk personaliti yang ada.

Namun disebalik ketokohannya, disebalik tanggungjawabnya terkandung satu alas tugas yang cukup berat. Diberatkan dengan amanah diri, amanah ilmu, amanah tugas dan sebagainya.

Di hatimu

Disimpan sedalam-dalamnya sebuah hati,
selembut hati insani,
agar 'hati-hati' tidak dilukai,
oleh kelakuan diri,
yang berusaha belajar mengerti,

Tatkala pagi menjelma,
bersedia diri menadah ilmu di Jamiah,
pabila tibanya waktu petang,
persiap dir mendengar rintihan ahli,
ketika malam mula menyinsing,
memerah otak memikirkan masalah ahli.

Kita sebagai ahli?

"Jom belajar menghargai sebuah kepimpinan"

Andai terasa ada kurang,
Usah terburu.

Andai terasa ada silap,
Usah bertindak melulu.

Kerna kita semua sama,

Sama belajar mencari erti sebuah pengalaman.

Untuk menggapai sebuah kehidupan,

Sebagai INSAN.


BACA SETERUSNYA- Hakikat sebuah kepimpinan

Khamis, 25 Oktober 2012

Kita Satu


KITA SATU


Kita satu, ungkapan yang cukup ringkas di sudut zahirnya namun realitinya ia membawa maksud yang cukup mendalam bagi yang memahaminya.

Sebuah organisasi tidak dapat tidak memerlukan kepada sebuah penggerak yang menggerakkannya di samping mempunyai sebuah Visi, Misi, Objektif yang jelas selari dengan aspek kewujudannya.

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan elemen-elemen seperti elemen kebajikan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya seterusnya menjadi sebuah platform terbaik untuk menyumbang jasa dan bakti.

Sesungguhnya di dalam sebuah organisasi itu pastinya diwarnai dengan 1001 bentuk pembawakan yang semestinya mencanang ke arah mematangkan lagi sesebuah organisasi.

Namun setiap pembawakan yang dilakukan walaupun ianya penuh dengan perbezaan, usah jadikan ianya sebagai satu tembok yang dapat memisahkan antara diri kamu dan diri kami.

Usah terbang terlalu tinggi sehinggakan tak mampu untuk menjejak bumi, kerana tatkala kamu terbang tinggi ada lagi yang masih baru belajar mengenal diri.

Semaikan erti "hormat" dan "sayang"
kerana apa?
Kerana "Kita Satu"

Satu Suara dan Satu Keluarga

Terimalah Buat adik beradikku:

Lama tidak ketemu,
Membuatkan hati terasa rindu,
rindu yang seakan-akan berlagu,
nadanya yang cukup merdu.

Andai dulu kita satu,
sekarang semestinya bersatu,
berpegangan tangan setiap waktu,

usah buatkan fikiran buntu,
andai timbul kehilafan itu,
arap dirujuk pada yang membantu

diri ini hanya mampu,
nukilkan kalam persis rayu,
jangan biarkan diri sayu..

kerana kami, sentiasa bersamamu :D
BACA SETERUSNYA- Kita Satu

Isnin, 30 Januari 2012

Mahasiswa Cemerlang DisisiNYA


Mahasiswa, suatu istilah yang yang hangat diperkatakan pada saat ini, pernah suatu ketika dahulu menjuarai isu tanah air, mendepani segala cabaran, menyelusuri pengalaman dari zaman berzaman. Itulah yang dinamakan sebagai mahasiswa.
MAHASISWA
Tanggungjawab utama mahasiswa tidak lain dan tidak bukan ialah menuntut sebanyak mungkin ilmu yang diberikan. Jika direnung dan dicemati istilah mahasiswa itu sendiri, ia mengandungi maksud yang besar. Mahasiswa terbit dari kosa kata ‘maha’ dan ‘siswa’. ‘Maha bererti agung, besar dan hebat. Manakala, siswa adalah segolongan pelajar cerdik pandai yang lahir datipada universiti.
Definisi yang diberikan itu menggambarkan mahasiswa adalah entiti yang mampu mempunyai gahnya tersendiri dan pastinya menjadi pengubah persepsi dari kaca mata masyarakat dan semua pihak. Prof Ir. Dr. Wan Hamidon dan Norngainy dalam tulisannya, “Mahasiswa Bertaraf Dunia”, seorang mahasiswa yang bertaraf dunia mempunyai kematangan dalam berfikir, berani, bersemangat kental, kreatf, kritis dan menguasai kemahiran-kemahiran insaniah dan softskills.
SEJARAH
Sejarah telah membuktikan suara keramat mahasiswa didengari sehingga memaksa Presiden Indonesia Soeharto berundur dari jawatannya setelah 31 tahun memerintah di Indonesia pada bulan Mei 1998. Di China, anak muda bernama Mao Tze Tung menjadi peledak kepada kebangkitan komunis sejak tahu 1919 hingga tertehaknya Negara komunis pada 1949.
Sungguh jelas apabila menyelusuri sejarah yang mahasiswa pernah menjadi gelombang yang boleh merubah lanskap politik dunia.

PERANAN
Menjadi kepastian dan sudah maklum bahawa Mahasiswa bukanlah sekadar belajar secara formal di Universiti sahaja, malahan pembelajaran secara tidak formal juga berlaku di sana dengan pengaktifan cara pengurusan berorganisasi secara praktikal di dalam persatuan. Semuanya tersedia untuk kalian yang bergelar mahasiswa.
Peranan yang begitu besar harus dipacu oleh mahasiswa bagi merealisasikan target dan tujuan yang ingin dicapai. Walaupun tidak diperincikan apakah ciri-ciri mahasiswa yang sebenar, antara ciri-ciri mahasiswa cemerlang ialah “MUNTIJ, JIDDIYAH, MUFAKKIR”
MUNTIJ bermaksud produktif,seorang mahasiswa menjadi produk yang terbaik dengan kemerlangannya, kreatifnya dalam bertindak dan kesedaran memangku amanah daripada ALLAH. JIDDIYAH pula bermaksud bersungguh-sungguh, sifat yang terlalu penting ada dalam jiwa mahasiswa. MUFAFFIR bermaksud pemikir, seorang mahasiswa yang cemerlang kritis berfikir secara kritikal dan mampu mengembangkan potensi diri.
Pabila ciri-ciri tersebut digabung dan disertakan sekali dengan keazaman, pasti dapat dilihat sinaran suatu hari nanti, lahirnya seorang pemimpin yang berkerampilan, meyakinkan dan mempunyai gahnya tersendiri.
SUDUT BERBEZA
Kagum melihat suara mahasiswa sekarang ini didengari oleh semua pihak, namanya disebut, ruang bersuara diberikan seluas-luasnya dalam mengeluarkan pendapat sesuatu isu, mahasiswa di lihat semakin berharga di mata masyarakat, nilainnya begitu tinggi.
Ingatlah bahawa, disaat penilaianmu dipandang tinggi disisi masyarakat, kembalikanlah melontarkan persoalan di dalam dirimu, untuk apakah kamu diciptakan? Kemanakah kamu selepas ini?
Rendahkanlah dirimu untuk menilai balik dirimu disisiNYA. Disaat kesungguhanmu bersuara, maka bersungguh-sungguh juga untuk mendekatkan dirimu kepadaNYA. Semoga diperbaharui segala niat agar dilakukan hanyalah keranaNYA.
Hakikat penciptaanmu sepertimana dinukilkan di dalam Al Qur’an di dalam surah Al Mulk Ayat 2:
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

Didiklah dirimu agar dipenuhi sifat jujur dan ikhlas. Ingatlah bahawa kecemerlangan sebenarnya adalah dinilai disisi Allah Ta’ala.
BACA SETERUSNYA- Mahasiswa Cemerlang DisisiNYA

Catatan Popular