Jumaat, 4 Januari 2013

Tahun 2013, Tahun Perubahan




Alhamdulillah... Sedikit intipati yang dapat dikongsikan buat sahabat-sahabat semua daripada khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid Syuhada Mu'tah Jordan Jummat pertama 2013 sebagai permulaan baru azam 2013.

Secara keseluruhannya isi khutbah tadi berkisarkan berkenaandengan persediaan PRU yang bakal berlangsung di Jordan iaitu pada 27 Januari 2013, semua muhafazah bakal mendapat ahli parlimen baru dan di muhafazah Karak 10 kerusi bakal dipertandingkan.

Penekanan khusus dinyatakan oleh Khatib dalam khutbah akan kepentingan memilih calon yang bercirikan siddiq, amanah, adil, soleh dan sebagainya.

Ya memang tidak dinafikan bahawa kesemua calon pasti mengungkapkan bahawa perubahan pasti akan dibuat sekiranya memenangi pilihanraya namun harus diingat bahawa Allah mengetahui apa yang sebenarnya ada pada diri kamu.

Ingatlah bahawa pemilihan terhadap calon itu bukan kerana nasab (keluarga) tapi pilihlah berdasarkan kepada kerjanya, manfaatnya kepada masyarakat.

Disisipkan kisah Nabi Yusuf Alaihi Salam ketika baginda mengatakan bahawa Jadikanlah aku sebagai Menteri Kewangan Negeri Mesir. Maksud kepada ayat tersebut ialah Baginda hendak memberikan manfaat sebanyak mungkin kepada umat dengan kudrat dan kelebihan yang diberikan dalam mengurus.

Ditegaskan berkaitan dengan setiap pada pengundi akan amal kebajikan kepada anak yatim, armalah (ibu tunggal), orang fakir dan miskin. Adakah kebajikan yang kamu berikan itu bermusim?? Hanya pada bulan ramadhan?? Di mana kamu semua?? Kebajikan itu tidak bermusim maka perbanyakkanlah membuat kebajikan.

Peringatan buat calon sekiranya kamu menipu, maka penipuan kamu iatu kepada seluruh umat dan bertanggungjawab keatasnya kelak.

Buat pengundi, aku ingin bertanya kepada kamu. Adakah calon yang bakal bertanding itu pernah menyuarakan isu roti, harga barang, harga eletrik, harga gas. Ingatlah bawah calon itu mewakili suara kamu semua.

Sebelum kamu membuang undi, ingatkan kembali calon manakah yang pasti boleh memberikan manfaat kepada masyarakat, maka itulah calon pilihan.

Akhir sekali aku ingin tegaskan sekali lagi bahawa calon yang patut dipilih adalah calon yang mempertahankan hak rakyat!!

P/S: Kalam penuh nasihat diungkapkan dengan penuh ikhlas, kerna khatib itu tahu menjadi tanggungjawab kepadanya untuk menyatakan dan menegakkan yang benar!

Kita di Malaysia?? Apa tok khatib buat??

Tahun 2013 Tahun Perubahan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular